20 January 2010

Aktiviti Sekolah Minggu Ini!



Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera..

Hari ini Selasa 19/01/2010, selepas berakhirnya sesi persekolahan, guru besar mengadakan sedikit taklimat atau perbincangan tentang perkara yang akan berlaku sepanjang minggu ini. Antara intipati taklimatnya ialah;


Esok hari Rabu 20/01/2010, akan diadakan mesyuarat khas disiplin yang dipengerusikan saudara Jupirin Anakung selaku guru disiplin sekolah yang akan membincangkan perkara berkaitan dengan pelaksanaan disiplin sekolah sepanjang tahun 2010. Mesyuarat ini akan hanya dihadiri oleh guru-guru kelas dan jawatankuasa tertinggi sekolah sahaja.

Khamis bersamaan dengan 21/01/2010, juga selepas sesi persekolahan berakhir akan diadakan mesyuarat PIBG yang dihadiri oleh para ibu bapa serta guru-guru SK Meninipir Keningau. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan pelbagai jenis yuran yang dikenakan kepada murid sebagai modal untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Ibu bapa akan memutuskan jumlah bayaran wang yang sepatutnya dibayar kepada pihak sekolah dalam mesyuarat ini nanti.

Hari Sabtu pula yakni 23/01/2010, sekolah akan mengadakan hari persekolahan seperti biasa sebagai menggantikan tarikh 18/02/2010 yang digunakan sebagai hari cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina. Jadual hari Khamis digunakan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh yang demikian, kehadiran adalah wajib kepada semua murid dan staf sekolah. Pada masa itu dijangka akan berlangsung pelbagai jenis mesyuarat seperti mesyuarat staf sekolah, mesyuarat panitia Matematik dan panitia Sains.

Sekian

Related Posts with Thumbnails