17 January 2010

Gempa Bumi Haiti



Gempa bumi Haiti 2010 berkekuatan 7.0 skala richter terjadi sekitar 16 km dari ibu negara Port-au-Prince, Haiti di 04:53:09 (di pusat) pada hari Selasa 12 Januari 2010. Gempa bumi ini berlaku pada kedalaman 10.0 km di perut bumi. Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat mencatatkan lebih 10 gempa susulan lebih 5.0 skala richter termasuk yang bersaiz 5.9 dan 5.5 skala richter

Sebahagian besar tenggara Port-au-Prince hancur kerana gempa bumi ini, termasuk Istana Presiden Haiti, Dewan Parlimen, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince, hospital dan bangunan penjara. Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince turut ranap. Bagaimanapun, Presiden Haiti René Garcia Préval terselamat.


Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden Pemberontakan Haiti 2004. PBB melaporkan bahawa markas besar pasukan Misi Pengaman PBB di Haiti Port-au-Prince rosak teruk. Sejumlah pegawai PBB disahkan hilang.

Gempa terjadi di pedalaman, pada 12 Januari 2010, lebih kurang 25 kilometer (16 bt) barat daya dari Port-au-Prince dengan titik kedalaman 13 kilometer (8.1 bt) pada jam 16:53 UTC-5, terletak di Enriquillo-Plaintain Garden. Gempa turut dirasakan di Teluk Guantanamo , pulau Cuba , di Kingston, Jamaica, di Caracas,Venezuela dan di Santo Domingo , Republik Dominican.

Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat menyatakan terdapat 6 kali gempa dalam masa dua jam selepas gempa utama. Kadar gempa sekitar 5.9, 5.5, 5.1, 4.8, 4.5, dan 4.5 skala richter. Pertama dalam sembilan jam, 26 gempa susulan terjadi.

Dianggarkan 3 juta penduduk terjejas dalam bencana alam ini. Gempa sebesar ini pernah melanda Haiti pada tahun 1751. MSNBC.com dan NBC News melaporkan Marano Kristin, ahli geofisika USGS menyebutnya sebagai gempa terkuat sejak 1770 di Haiti. Pada 1946, gempa berkekuatan 8.1 skala richter melanda Republik Dominican dan Haiti yang membawa kepada bencana tsunami dan menyebabkan 1.790 orang terbunuh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik meramalkan tsunami akan terjadi tetapi kemudian membatalkannya.

Wartawan televisyen Haiti, "Haitipal" melaporkan bahawa Istana Presiden Haiti, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan, Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince telah runtuh. Hospital turut dilaporkan telah runtuh. Komunikasi seluruh bandar terjejas.Hospital di Pétionville, pinggiran Port-au-Prince musnah akibat gempa bumi. Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut rosak teruk.

Laporan awal menyatakan bahawa ribuan orang dikhuatiri terbunuh. Duta besar AS ke Haiti Joseph Raymond menyatakan gempa ini sebagai "sebuah bencana besar”.

The Associated Press menyebutnya sebagai "gempa bumi terbesar yang pernah tercatat di Haiti", Gempa bumi Jamaica 1692 hanya 7.5 pada skala richter.

Perdana Menteri Kanada Stephen Harper menasihati agar para pegawainya menilai kerosakan dan kemungkinan kecederaan rakyat Kanada.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berdoa agar kecederaan dapat dikurangkan. Amerika sedang memantau situasi dan kami siap untuk membantu rakyat Haiti.

Bulan Sabit Merah Turki telah menghantar sebuah pasukan bantuan ke Haiti. Radio Amatur HAM juga memberikan bantuan semasa bencana. Ramai bimbang kerana Haiti adalah sebuah negara miskin, kedudukannya ialah 149 dalam Indeks Pembangunan Manusia.

Sumber NSTP


Related Posts with Thumbnails