22 January 2010

Mesyuarat PIBG Kali Ke-1 Tahun 2010.


Assalamualaikum wrb & salam sejahtera.


Hari ini 21 Januari 2010, PIBG SK Meninipir Keningau mengadakan mesyuarat pertamanya untuk tahun 2010 ini.


Antara agenda mesyuarat ialah mencari kata putus atau penyelesaian mengenai kadar yuran tambahan yang dikenakan kepada setiap orang murid yang belajar di sekolah ini.


Seramai 65 orang ibu bapa, penjaga dan guru meluangkan masa menghadiri mesyuarat yang dilangsungkan tepat jam 1.00 pm ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDP PIBG En. Faizal Tongsip menyaksikan bilangan kaum ibu adalah dominan berbanding dengan kaum bapa.


Guru besar SK Meninipir Keningau, Pn. Hjh Joana Guyock telah memulakan mesyuarat dengan ucapannya yang menyeru agar satu ketetapan bayaran yuran tambahan dapat diputuskan di akhir mesyuarat ini.


Akhirnya, ahli mesyuarat sepakat bersetuju agar bayaran tambahan sebanyak RM 45 akan dikenakan kepada setiap orang murid sebagai sokongan kepada pihak sekolah supaya dapat menjalankan pelbagai aktiviti P&P murid.


Perincian bayaran yuran tambahan sebanyak RM 45 ialah;

· Yuran kokurikulum RM 7.

· Bayaran untuk membeli kertas A4 termasuk dakwat mesin fotokopi ialah RM 20.

· Baki RM 18 adalah yuran yang ditetapkan oleh KPM termasuklah yuran sukan, insurans dan sebagainya.


Mesyuarat juga bersetuju menjadikan tahun Harimau dalam kalender Cina ini sebagai aktiviti untuk baikpulih infrastruktur sekolah secara gotong royong.


Wallahualam..




Related Posts with Thumbnails