28 January 2010

MSSM Zon Pekan Keningau






Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera.

Saya baru sahaja menghabiskan tugas sebagai Pengurus Pasukan SK Meninipir dalam kejohanan MSSM Zon Pekan Keningau Kali Ke-14 sebentar tadi (28 Januari 2010). Sukan ini dilangsungkan selama 2 hari yakni bermula pada 27 Januari 2010 hingga 28 Januari 2010 di Kompleks Sukan Keningau.

Tahun ini SK Senagang Keningau diberi tanggungjawab untuk mengelola sukan tersebut. Tahun 2011 pula, SK Gaulan Keningau yang akan menganjurkannya. Selepas itu, sukan peringkat zon ini seterusnya akan di kendalikan oleh SK Meninipir Keningau pada tahun 2012.

Tujuan diadakan kejohanan sukan ini ialah untuk mencari wakil atau peserta Zon Pekan ke temasya MSSM Daerah Keningau yang akan diadakan dalam masa terdekat. Selain itu gaya hidup sihat juga dapat dipraktikkan dalam kejohanan ini.

Sebanyak 9 buah sekolah rendah zon pekan mengambil bahagian dalam temasya tersebut. Antaranya, SK Bariawa Ulu, SK Ulu Liawan, SK KG. Keningau, SK Senagang, SK Ulu Senagang, SK Gaulan, SJK(C) Yuk Kong, SJK(C) Cheng Ming dan SK Meninipir.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Lompat Tinggi L/P, Lompat Jauh L/P, Lontar Peluru L/P, 80 Meter Lari berpagar L/P, 100 Meter L/P, 200 Meter L/P, 4 x 100 Meter L/P dan 4 x 200 Meter L/P. Di samping itu, pertandingan perbarisan antara kontinjen juga mendapat markah.

Dalam kejohanan sukan tahun ini, SK Meninipir Keningau memperolehi jumlah pungutan pingat sebanyak 4 buah iaitu 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Emas disumbangkan melalui acara 100 Meter lelaki dan 200 Meter lelaki oleh adik Nazarul Farhan Bin Sabdin.

Tahniah kepada SK Senagang Keningau kerana berada di kedudukan pertama antara 9 buah sekolah dengan memperolehi 5 emas, 2 perak dan 6 gangsa. Tempat kedua ialah SK Ulu Liawan dan ketiga SK Ulu Senagang.

Sekian..
Related Posts with Thumbnails