07 January 2010

Petrol Bersubsidi Untuk Rakyat Malaysia Sahaja!

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Mulai 1 Mei ini, petrol akan dijual dalam dua harga berbeza iaitu yang bersubsidi untuk warganegara dan tanpa subsidi bagi bukan warganegara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata, harga petrol untuk warganegara adalah mengikut harga subsidi kerajaan dan kapasiti enjin kereta dengan menggunakan Mykad.

Oleh yang demikian sudah pasti kerajaan akan mengarahkan semua stesen minyak untuk mengubah prasarana stesen mereka supaya dapat menjaul petrol kepada warganegara dan bukan warganegara.

Apa yang membimbangkan ialah, berlaku ketidakpuasaan hati pengusaha stesen minyak kerana kos untuk mengubahsuai stesen minyak bukannya sedikit!

Namun demikian, rakyat sepatutnya menyokong dasar kerajaan ini kerana petrol bersubsidi adalah khas untuk warganegara Malaysia sahaja. Buat apa kita bagi petrol bersubsidi kepada warganegara asing sedangkan mereka tidak ada semangat patriotik kepada negara kita. Bila telah kaya, mereka akan pulang ke negara asal, seterusnya menggunakan hasil kekayaan untuk majukan pula negara mereka. Apa yang kita dapat??? Renungkan sejenak...

Sekian...

Related Posts with Thumbnails