30 November 2009

Pengenalan


Assalamualaikum..

Setiap kali membaca pelbagai genre penulisan dalam blog, saya terfikir sendiri akan luasnya ilmu pengetahuan penulis-penulis blog tersebut sehinggakan mampu menghasilkan penulisan yang hebat. Biarpun ada kalanya tulisan mereka itu kurang menarik tetapi kesungguhan yang ditunjukkan membolehkan idea mereka dizahirkan melalui tulisan. Saya seronok membaca tulisan mereka lebih-lebih lagi dengan menggunakan pembaca RSS "FeedDemon Ver 3.0".

Mungkin disebabkan perkembangan tersebut, saya mula berjinak-jinak pula dengan penulisan melalui blog. Pendapat, ulasan dan catatan hidup serta foto-foto menarik akan saya masukkan ke dalam blog ini untuk perkongsian bersama. Biarpun menulis memerlukan kemahiran yang tinggi supaya hasil tulisannya berkualiti, namun saya akan sentiasa mempelajarinya supaya tulisan saya menarik dan seronok dibaca.

Harapan saya agar segala tulisan dalam blog ini akan dapat menambahkan ilmu, memberikan contoh teladan seterusnya merancakkan lagi penulisan dalam laman-laman blog di Malaysia.

Sekian...
Related Posts with Thumbnails