28 January 2010

MSSM Zon Pekan Keningau






Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera.

Saya baru sahaja menghabiskan tugas sebagai Pengurus Pasukan SK Meninipir dalam kejohanan MSSM Zon Pekan Keningau Kali Ke-14 sebentar tadi (28 Januari 2010). Sukan ini dilangsungkan selama 2 hari yakni bermula pada 27 Januari 2010 hingga 28 Januari 2010 di Kompleks Sukan Keningau.

Tahun ini SK Senagang Keningau diberi tanggungjawab untuk mengelola sukan tersebut. Tahun 2011 pula, SK Gaulan Keningau yang akan menganjurkannya. Selepas itu, sukan peringkat zon ini seterusnya akan di kendalikan oleh SK Meninipir Keningau pada tahun 2012.

Tujuan diadakan kejohanan sukan ini ialah untuk mencari wakil atau peserta Zon Pekan ke temasya MSSM Daerah Keningau yang akan diadakan dalam masa terdekat. Selain itu gaya hidup sihat juga dapat dipraktikkan dalam kejohanan ini.

Sebanyak 9 buah sekolah rendah zon pekan mengambil bahagian dalam temasya tersebut. Antaranya, SK Bariawa Ulu, SK Ulu Liawan, SK KG. Keningau, SK Senagang, SK Ulu Senagang, SK Gaulan, SJK(C) Yuk Kong, SJK(C) Cheng Ming dan SK Meninipir.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Lompat Tinggi L/P, Lompat Jauh L/P, Lontar Peluru L/P, 80 Meter Lari berpagar L/P, 100 Meter L/P, 200 Meter L/P, 4 x 100 Meter L/P dan 4 x 200 Meter L/P. Di samping itu, pertandingan perbarisan antara kontinjen juga mendapat markah.

Dalam kejohanan sukan tahun ini, SK Meninipir Keningau memperolehi jumlah pungutan pingat sebanyak 4 buah iaitu 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Emas disumbangkan melalui acara 100 Meter lelaki dan 200 Meter lelaki oleh adik Nazarul Farhan Bin Sabdin.

Tahniah kepada SK Senagang Keningau kerana berada di kedudukan pertama antara 9 buah sekolah dengan memperolehi 5 emas, 2 perak dan 6 gangsa. Tempat kedua ialah SK Ulu Liawan dan ketiga SK Ulu Senagang.

Sekian..

25 January 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Tahun 2010.



PUTRAJAYA 25 Jan. - Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Sumber : http : //www.utusan.com.my/

Nota Hujung :

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan . Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sekolah-sekolah ini hendaklah memenuhi Prasyarat berikut :

1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM);

2. Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;

3. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:

4. Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;

5. Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara;

6. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah;

7. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program; dan

8. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.

Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

Pemimpin Sekolah

1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah.

2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan sekolah, guru dan murid.

3. Meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.

4. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.

5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.

6. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

Guru Sekolah

1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan murid.

3. Membantu meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.

4. Membangunkan bakat kepimpinan murid.

5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.

6. Proakif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Murid Sekolah

1. Menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.
2. Bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
3. Berupaya mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah
4. Bekerjasama dalam kumpulan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
5. Menggunakan kuasa autonomi yang diberi dengan berkesan.

Kategori Sekolah

1. Sekolah Kerajaan
2. Sekolah Bantuan Kerajaan

Jangka Masa Pelaksanaan

2010= 20 buah sekolah
2011= 30 buah sekolah
2012= 50 buah sekolah

Ciri – ciri Utama SBT

• Kepemimpinan
• Pengurusan
• Pencapaian
• Kejayaan
• Perhubungan
• Identiti Kendiri
• Pembelajaran Terarah Kendiri
• Sistern Bekerja Berprestasi Tinggi
• Kesaksamaan
• Timbal- Balas
• Penurunan Kuasa

Pelan Strategik SBT

Fokus 1 : Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
Fokus 2 : Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah
Fokus 3 : Mewujudkan Akauntabiliti
Fokus 4 : Piawaian dan Penandaarasan
Fokus 5 : Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan
Fokus 6 : Menerajui Perubahan dan Pembaharuan

lmpak Sekolah Berprestasl Tinggi

Pemimpin

1. Pengiktirafan sebagai pemimpin yang berwibawa.
2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
3. Menerima ganjaran dalam bentuk bonus.
4. Berpeluang mendapat guru pakar dan guru cemerlang.
5. Berpeluang memilih guru yang efektif.
6. Berpeluang memilih murid yang sesuai.

Guru

1. Pengiktirafan sebagai guru yang berkesan.

2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.

3. Ganjaran dalam bentuk bonus.

Murid

1. Murid berkemahiran dalam pengurusan diri, bekerja dalam kumpulan,berkomunikasi secara efeKif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa.

2. Berpeluang untuk memasuki universiti yang terkemuka di dunia

3. Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi.

4. Murid di tempatkan di kelas mengikut kebolehan/ kemampuan tanpa berdasarkan umur.

5. Murid boleh mengambil peperiksaan awam mengikut kebolehan yang tidak berdasarkan umur.

6. Murid memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur.

7. Murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi.

8. Murid menerima P & P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirikal.

9. Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar negara.

10. Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan.

Kekangan

1. Kewangan dalam membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi.

2. Kekurangan sumber kakitangan untuk pergi ke sekolah-sekolah bagi tujuan pemantauan dan penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi.

3. Pekeliling dan Peraturan Pelajaran yang sedia ada menyekat pelajar menempatkan diri di peringkat tinggi dalam tempoh yang singkat kerana terdapatnya had umur.

4. Wujudnya birokrasi dalam pentadbiran melambatkan sesuatu program dilaksanakan.

5. Sikap, kurang kemahiran mengurus dan kepemimpinan pengetua / guru besar boleh menjadi penghalang kepada kejayaan program.

Cadangan

1. Pelaksanaan konsep SBT akan melibatkan implikasi kewangan dan perjawatan. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk mewujudkan satu sektor baru bagi memastikan SBT berupaya dilaksanakan dengan efisien.

2. Memberi ganjaran yang setimpal kepada Pengetua, Guru besar dan guru-guru yang telah menunjukkan prestasi cemerlang selari dengan cadangan YAB Perdana Menteri ketika membentangkan NKRA berkenaan;

3. Memerlukan pindaan dan semakan kepada peraturan pendidikan dan Surat – surat Pekeliling lkhtisas/ Surat Siaran yang berkaitan;

4. Menyediakan maklumat kepada SBT mengenai peperiksaan luar negara (LPM/MPM)

5. Biasiswa diberi kepada pelajar SBT yang berjaya memasuki lnstitut terkemuka di luar negara (Bahagian Tajaan)

Sumber: http://abihulwa.blogspot.com/

22 January 2010

Taman Tropicana!






Assalamualaikum wrb & Salam Sejahtera..

Saya tegaskan di sini yang saya bukannya agen untuk menjual rumah!

Walau bagaimanapun, ada rakan yang menyuruh saya untuk hebahkan rumah teres 2 tingkat yang akan dibina di daerah saya "Keningau" Sabah. Perumahan ini nanti akan dinamakan "Taman Tropicana".

Lokasi rumah ialah dekat dengan Taman Sabanah 4 Jalan Pasir Putih. Harga yang ditawarkan RM 192 k ke atas. Boleh buat pinjaman perumahan kerajaan dan sepenuhnya diuruskan oleh pemaju.

Lihat brochure yang saya upload.

Mesyuarat PIBG Kali Ke-1 Tahun 2010.


Assalamualaikum wrb & salam sejahtera.


Hari ini 21 Januari 2010, PIBG SK Meninipir Keningau mengadakan mesyuarat pertamanya untuk tahun 2010 ini.


Antara agenda mesyuarat ialah mencari kata putus atau penyelesaian mengenai kadar yuran tambahan yang dikenakan kepada setiap orang murid yang belajar di sekolah ini.


Seramai 65 orang ibu bapa, penjaga dan guru meluangkan masa menghadiri mesyuarat yang dilangsungkan tepat jam 1.00 pm ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDP PIBG En. Faizal Tongsip menyaksikan bilangan kaum ibu adalah dominan berbanding dengan kaum bapa.


Guru besar SK Meninipir Keningau, Pn. Hjh Joana Guyock telah memulakan mesyuarat dengan ucapannya yang menyeru agar satu ketetapan bayaran yuran tambahan dapat diputuskan di akhir mesyuarat ini.


Akhirnya, ahli mesyuarat sepakat bersetuju agar bayaran tambahan sebanyak RM 45 akan dikenakan kepada setiap orang murid sebagai sokongan kepada pihak sekolah supaya dapat menjalankan pelbagai aktiviti P&P murid.


Perincian bayaran yuran tambahan sebanyak RM 45 ialah;

· Yuran kokurikulum RM 7.

· Bayaran untuk membeli kertas A4 termasuk dakwat mesin fotokopi ialah RM 20.

· Baki RM 18 adalah yuran yang ditetapkan oleh KPM termasuklah yuran sukan, insurans dan sebagainya.


Mesyuarat juga bersetuju menjadikan tahun Harimau dalam kalender Cina ini sebagai aktiviti untuk baikpulih infrastruktur sekolah secara gotong royong.


Wallahualam..




20 January 2010

Aktiviti Sekolah Minggu Ini!



Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera..

Hari ini Selasa 19/01/2010, selepas berakhirnya sesi persekolahan, guru besar mengadakan sedikit taklimat atau perbincangan tentang perkara yang akan berlaku sepanjang minggu ini. Antara intipati taklimatnya ialah;


Esok hari Rabu 20/01/2010, akan diadakan mesyuarat khas disiplin yang dipengerusikan saudara Jupirin Anakung selaku guru disiplin sekolah yang akan membincangkan perkara berkaitan dengan pelaksanaan disiplin sekolah sepanjang tahun 2010. Mesyuarat ini akan hanya dihadiri oleh guru-guru kelas dan jawatankuasa tertinggi sekolah sahaja.

Khamis bersamaan dengan 21/01/2010, juga selepas sesi persekolahan berakhir akan diadakan mesyuarat PIBG yang dihadiri oleh para ibu bapa serta guru-guru SK Meninipir Keningau. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan pelbagai jenis yuran yang dikenakan kepada murid sebagai modal untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Ibu bapa akan memutuskan jumlah bayaran wang yang sepatutnya dibayar kepada pihak sekolah dalam mesyuarat ini nanti.

Hari Sabtu pula yakni 23/01/2010, sekolah akan mengadakan hari persekolahan seperti biasa sebagai menggantikan tarikh 18/02/2010 yang digunakan sebagai hari cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina. Jadual hari Khamis digunakan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh yang demikian, kehadiran adalah wajib kepada semua murid dan staf sekolah. Pada masa itu dijangka akan berlangsung pelbagai jenis mesyuarat seperti mesyuarat staf sekolah, mesyuarat panitia Matematik dan panitia Sains.

Sekian

Perkara Yang Perempuan Perlu Tentang Lelaki



Assalamualalkum wrb & salam sejahtera.

Berikut adalah beberapa perkara yang perempuan perlu tahu mengenai lelaki yang saya dapat dari Internet. Selamat membaca.



Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).


Jika seorang lelaki meminati seorang wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh juga menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.


Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.


Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...


Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap seorang wanita. Oleh sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.


Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar bersama kali pertama!


Lelaki sentiasa cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.


Bila lelaki cakap “direct to the point” dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
Lelaki akan cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.


Lelaki tidak boleh belajar semuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Jangan asyik membebel sahaja perempuan byk ragam lah, kuat merajuklah. Kadang kala lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.



Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa yang lain hanya kawan.


Bila lelaki tertengok buah dada wanita dan wanita itu menyedarinya, maafkan sahaja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!


Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.


Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...


Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.


Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


Lelaki bukanlah sempurna 100%, oleh itu perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Wallahualam.

BILDERBERG: STRATEGI YAHUDI WUJUDKAN KERAJAAN GLOBAL



Edisi 1368 Al Mujtama', sebuah majalah terbesar dan terpengaruh di timur tengah telah menyajikan tajuk muka depan yang sangat asing dan hampir tidak pernah diketahui oleh kebanyakan masyarakat. Tajuk itu bernama Bilderberg -'Munadzamatun fauqa al hukumaat tudiiru al-'alam. (Bilderberg suatu kumpulan yang menguasai negara-negara ... memimpin dunia). Selari dengan keasingan namanya, sehingga sekarang belum ada pihak yang sanggup memberikan gambaran menyeluruh tentang kumpulan ini terutama keputusan yang mereka buat, sedangkan tajuk-tajuk perbahasannya merangkumi masalah-masalah penting yang berpengaruh terhadap perjalanan dunia. .


Bilderberg diwujudkan secara rasmi pada tahun 1954. Mereka mengadakan perhimpunan setiap tahun di kota-kota Eropah yang dihadiri lebih kurang 115 hingg 120 orang. Perhimpunan-perhimpunan diadakan secara sulit. Wartawan tidak dibenarkan membuat liputan, sementara peserta perhimpunan dilarang membuat sebarang catatan ataupun mengadakan temubual dengan akhbar selepas perhimpunan berakhir. Jika ada sebarang maklumat yang diperolehi wartawan, mereka akan mencari helah supaya wartawan tersebut tidak menyebarkannya di akhbar ataupun kemungkinan wartawan itu dibunuh! Dengan demikian, banyak terdapat syubhah disekitar keberadaan perkumpulan Bilderberg juga kekuatan besar yang menyokongnya dari belakang. Agenda sulit dan keputusan-keputusan yang dihasilkan oleh perhimpunan mereka menjadi alasan kuat munculnya syubhah tersebut. Sokongan yang begitu banyak kepada perkumpulan Bilderberg merupakan perkara yang biasa berlaku bagi suatu organisasi kukuh yang mempunyai kemudahan yang lengkap dan tokoh - tokoh penting.

Untuk memulakan perbahasan ini kita akan melihat dari sudut pandangan para penyokong terlebih dahulu, kemudian pandangan para pengkritik agar nampak lebih jelas. Menurut pihak penyokong, sejarah perjalanan

Bilderberg sangat jelas, pendirinya Joseph H. Retinger seorang usahawan popular berbangsa Sweden, ia mempunyai hubungan luas dalam dunia politik Eropah. Pada tahun 1949 ia berjaya menubuhkan badan European Unification di Bandar Strasbourg, dan sejak masa belajar di University Sorbonne dia sudah berhasrat membina Great European Unification dalam erti militer dan ekonomi. Retinger pernah mengajukan idea Eropah Timur Bersatu kepada Perdana Menteri Perancis, Georges Clemenceau (1841-1926) dengan menggabungkan Austria, Poland dan Hungarian di bawah pentadbiran Jesuits (perkumpulan Society of Jesus yang ditubuhkan oleh Saint Ignatius Loyola tahun 1534) namun Clemenceau menolak dengan alasan ada kesan Vatican dalarn idea tersebut, sejak masa itu Retinger didakwa bekerja untuk Vatican.

"Beriku peluang untuk mengendalikan ekonomi sesuam bangsa dan aku tak peduli siapa yang berkuasa"- Mayor Amschel Rothchild tokoh perbankan Yahudi kelahiran Jerman, salah seorang pelopor penubuhan Bank Dunia dan IMF.

Tidak cukup dengan usahanya untuk mempersatukan Eropah, Retinger mengadakan perjalanan berulang kali ke Mexico dan berjaya membina pertubuhan perniagaan bersatu di sana pada tahun 1920an, sehingga mendapat kepercayaan luas dari pihak kerajaan Mexico. Pada dekad 50 ia menjalin hubungan dengan beberapa tokoh politik penting dan jeneral popular di barat.
Para penyokong Retinger mengatakan bahawa objektif daripada usaha-usahanya adalah untuk menyatukan dunia dalam suatu perdamaian di bawah kawalan dan penguasaan perkumpulan-perkumpulan antarabangsa, terbebas daripada kesan-kesan ideologi yang sering menjadi punca pertentangan antara negara. Perkumpulan-perkumpulan antarabangsa ini berkewajipan menyelesaikan pertentangan tersebut dengan mengguna kekuatan ekonomi dan militer yang kukuh, sehingga terbina persatuan global yang harmoni.

Retinger sedar bahawa usahanya untuk menguasai dunia mustahil terwujud kecuali apabila ada campur tangan Amerika Syarikat, untuk itu ia cuba menubuhkan Atlantic Community yang menjadikan Eropah sebagai objek penting dihadapan elite politik Amerika sekaligus mencegahnya daripada praktik politik terpisah seperti dahulu. Dalam usaha mewujudkan cita-citanya Retinger juga memohon bantuan dari rakan dekatnya yang berasal dari kerajaan Belanda iaitu Prince Bernhard, seorang tokoh popular dalarn. dunia politik Eropah j uga tokoh penting dalam syarikat minyak Shell di Belanda.

Pada tahun 1952 Retinger mencadangkan kepada Prince Bernhard untuk menjemput Para pernimpin kerajaan yang terbabit dalam perkurnpulan NATO dalarn. perhimpunan tertutup yang bererti suatu perhimpunan sulit tanpa diketahui oleh akhbar. Prince Bernhard kemudian menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Truman untuk membincangkan cadangan perhimpunan tersebut.

Walaupun Truman bersetuju namun kumpulan Amerika Syarikat baru disusun pada masa pernerintahan Eisenhower. Orang yang banyak berjasa dalam penubuhan kumpulan Amerika adalah Jeneral Walter Bedell Smith, pengarah CIA dan CD Jackson. Sejak masa itu usaha-usaha awal dimula dengan kerjasama antara kumpulan Amerika Syarikat dan Eropah.

Perhimpunan pertama berjaya diadakan pada bulan Mei 1954 di hotel Bilderberg, Oosterbeek, Belanda. Dari nama hotel inilah akhirnya nama perkumpulan ini diisytiharkan secara rasmi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Prince Bernhard yang kemudian dipercayai menjadi Pengerusi Bilderberg selama 22 tahun.

Pada tahun yang sama aliran politik Mc Carthysm sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat, menyebabkan kumpulan Eropah khuatir jika ahli kumpulan Amerika terbabit dalam aliran ekstrem tersebut. Kejadian ini hampir sahaja menimbulkan pertentangan dalam perkumpulan, namun CD Jackson berjaya memastikan bahawa tidak akan ada ahli daripada kumpulan Amerika yang terbabit dalarn aliran McCarthysm pada tahun apa-perhimpunan tahun berikut.

Untuk mengadakan perhimpunan tahunan, perkumpulan Bilderberg memilih bandar-bandar tertentu di Eropah dengan dihadiri oleh Para ahlinya yang berjumlah lebih kurang 115-120 orang sahaja, kumpulan Eropah berjumlah 80 orang sementara 35 orang lainnya dari kumpulan Amerika Utara.

Satu pertiga daripada ahlinya adalah tokoh-tokoh politik yang masih aktif dan bakinya terdiri dari tokoh-tokoh penting dalam ekonomi, perniagaan, wartawan, komunikasi, industri dan pendidikan, diantara Para ahli ada yang disebut sebagai ahli tetap seperti Peter Carrington bekas Setiausaha Agong NATO dan Henry Kissinger bekas menteri luar Amerika Syarikat dan ahli-ahli tidak tetap yang dijemput oleh pihak perkumpulan untuk menghadiri perhimpunan tahunan.

Dalam setiap perhimpunan, tajuk yang akan dibahas selalu ditentukan oleh perkumpulan, para peserta tidak di benarkan membangkang atau mencadangkan tajuk apa pun, mereka duduk di hotel yang ditempah penuh dan berada di luar bandar yang senyap jauh dari tumpuan orang ramai Selama tiga hari perhimpunan berlangsung, para peserta tidak dibenarkan keluar hotel sehingga selesai, sementara bahagian luar hotel dikawal ketat oleh agen CIA dan beberapa agen sulit negara Eropah, dalam masa tertentu, jalan yang menghala ke hotel ditutup, biasanya perhimpunan diadakan pada pertengahan atau akhir hari bulan Mei setiap tahun.

Satu-satunya kerajaan Islam yang pernah menjadi tuan rumah perhimpunan Bilderberg adalah Turki iaitu pada tahun 1959 di hotel Janar, Istanbul dan tahun 1975 di kampung peranginan Altin Yunis, Gesme. Diantara tokoh Turki yang terbabit dalam perkumpulan Bilderberg adalah Selahattin Beyazit ahli tetap perkumpulan, Dinc Bilgin pemilik kumpulan akhbar Sabah dan stesen televisyen ATV, Gazi Ercel pengarah kepada Central Bank, Emre Goneesay professor bidang ekonomi dan bekas menteri luar, Hikmet Cetin bekas ketua parlimen Turki, Colakuglu pengarah kepada NTV.

Sementara itu para pengkritik Bilderberg mendakwanya sebagai perkumpulan yang diselubungi tanda tanya, terkesan berada dibawah pengaruh gerakan freemansory antarabangsa dengan. Agenda yang sangat sulit. Menurut mereka jika kegiatan-kegiatannya legal selari dengan kanun am dan untuk kebajikan umat manusia maka tidak perlu dirancang dalarn perhimpunan sulit (dibalik layar).

Disisi lain penyokong kewangan perkumpulan Bilderberg adalah Rockfeller Foundation dan sebuah bank milik keluarga Rothschild, dua tokoh Yahudi yag sangat popular, sebagaimana tokoh-tokoh penting dalam perkumpulan Bilderberg adalah ahli daripada gerakan freemansory. Retinger adalah seorang mason peringkat yang tinggi.

Secara logik, kegiatan suatu kumpulan kecil yang mencakup beberapa usahawan besar dengan kepentingan luas untuk menformat dunia dalam bentuk yang mereka suka tanpa meminta pertimbangan sama ada kebanyakan masyarakat ataupun Para pakar, merupakan suatu perkara yang bercanggah dengan kebebasan berpendapat juga demokrasi yang sering mereka dakwakan.

Dalam realitinya kegiatan mereka lebih cenderung menyerupai konspirasi atau terrorisme. Siapa yang memberi justifikasi kepada sekumpulan kecil orang kaya dan ahli politik untuk menentukan hala tuju hal ehwal dunia sesuai dengan kehendak nafsu mereka?

Suatu hal yang menarik dalam perkumpulan Bilderberg adalah kekuatan 'I polisinya yang tidak boleh dijangka dan sangat luar biasa. Beberapa Presiden Amerika Syarikat berjaya memenangi pilihanraya kepresidenan setelah menjadi ahli daripada Bilderberg, sebut sahaja Ronald Reagan, Jimmy Carter, George Bush dan Bill Clinton.

Pada tahun 1975 Margeret Thacher bergabung dengan Bilderberg dua tahun berikut ia terpilih menjadi Perdana Menteri Britain. Dalam perkembangan berikutnya Tony Blair seorang politikus muda berjaya naik ke pentas.

Perdana Menteri Britain setelah bergabung dengan Bilderberg empat tahun sebelumnya. Pada tahun 1998 beberapa wartawan berjaya masuk melalui saluran udara hotel Turnberry, Scotland tempat perhimpunan berlangsung. Dalarn tajuk tulisan "The new world intelligence update" mereka membuat kesimpulan hasil penyiasatan berikut sebagai 'jika konflik Kosovo terhalang maka ada strategi lain untuk menyalakan api perang di Cyprus. 11 1 maknanya perang akan berlaku sama ada di Kosovo atau Cyprus, laindaripada itu. ada imej bahawa isu globalisasi masa hadapan adalah Unifikasi Eropah-Atlantik.

Robert Eringer seorang wartawan Amerika Syarikat dan penulis buku 'Bilderberg Group, The Global Manipulators',menceritakan pengalamannya ketika mengumpulkan maklumat dan data tentang Bilderberg, ia berusaha menghubungi beberapa tokoh di jabatan kementerian luar negara Amerika Syarikat dan ahli kuasa CIA yang menghadiri perhimpunan Bilderberg, namun ia tersentak apabila mendapar jawapan ringan bahawa mereka tiaak mengetahui apa-apa tentang Bilderberg. Seorang pengamat politik Turki, Fekrat Artan menulis dalam akhbar Al-Zaman 11 selama tajuk yang dibahas ini sangatpenting, mengapa mesti dilakukan dalam perhimpunan sulit? Yang boleh menjadi alasannya adalah bahawa mereka merupakan suatu kekuatan yang ingin mengkehendaki sebarang orang terdapat dalam kertas kerja yang mereka bahas. Dan munculnya ungkapan seperti Global Government, saya pastikan sebagai tanda adanya matlamat untuk membentuk dunla ini sesuai dengan keinginan mereka, dengan bentuk macam apa? Saya tidak tahu, sama ada berakibatbaik untuk semua manusia atau sebaliknya. Jika memang untuk kebaikan hendaknya dibahas secara terbuka dan jelas membahaskan agar supaya diketahui oleh orang ramai ..

Editor kepada majalah Matrix, Charles Overbeck menggambarkan suasana perhimpunan Bilderberg tahun 1998 menentukan harga seperti berikut: "...pada 14 hari bulan Mei 1998, seramai 120 tokoh penting dalam bidang politik dan ekonomi bergerak menuju sebuah hotel di pinggiran Scotland dengan limousin hitam untuk menghadiri sebuah perhimpunan yang menghasilkan keputusan-keputusan penting dan berpengaruh terhadap perkembangan tamadun barat)uga masa hadapan di bawah kawalan ketas satu kumpulan tentera bersenjata...

Kelab Bilderberg aktif semula.

Menurut laporan tidak rasmi tentang perhimpunan ke 46 ini, tajuk-tajuk yang akan dibahas mencakup masalah hubungan Atlantik dalam masa transisi, NATO, krisis ekonomi Asia, perkembangan perbezaan purata kekuatan militer, Jepun, Turki, model ideal masyarakat Eropah. Perhimpunan diadakan secara informal, Para peserta dipilih ecara teliti oleh Kelab Bilderberg, bermula dari John M Deutch bekas pengarah kepada CIA hingga Christine Todd Whitman gabenor New Jersey, mereka membahas bersama cara mengukuhkan kepimpinan barat dibawah bayangan New World Order"

Menurut Overbeck :" Unsur sulit sangat penting agar supaya Para pesertaperhimpunan dapat berbicara dengan bebas, majority masyarakat dunia tidak tabu apa-apa mengenai keputusan yang diambil dalam perhimpunan meskipun sangat berpengaruh terhadap perjalanan pelbagai negara dan perniagaan antarabangsd'. Dibahagian akhir tulisannya, Overbeck menguraikan cataran para pengkritik Bilderberg : "Perkumpulan Bilderberg mendakwa dirinya di atas seluruh pernerintahan dan negara., Prince Bernhard pernah berucap sungguh pelik mendidik dan membina semula masyarakat awam agar supaya terasing daripada kesan kekuasaan negaranya menuju suatu pertubuhan global yang menguasai seluruh umat manusia.

Dengan secara paksa perkumpulan ini membahaskan dan mentadbir kewangan antarabangsa, menentukan harga dan cukai di seluruh dunia,berperanan dalam memilih calon yang akan menjawat puncak kekuasaan sekaligus menyingkirkan orang-orang yang tidak disukainya, mereka tidak pernah merancang untuk menyelesaikan masalah-masalah antarabangsa seperti masalah kesihatan, sumber kekayaan alam, pencemaran persekitaran dan pertanian, melainkan merancang ratacara memperluas kekuasaan dan memperkaya ahli-ahlinya walaupun bercanggah dengan hak asasi manusia danmerosak persekitaran di seluruh dunia'

Perhimpunan terakhir Bilderberg diadakan di Genvel, Belgium tarikh 1-3 Jun 2000, dari 98 peserta yang tercatat dalam senarai lebih dari sepuluhorang diantaranya adalah pengusaha Bank di Eropab dan dunia, selain ahlipolitik, konglomerat dan pakar akademik. Di antara mereka yang hadir adalah : Ratu Belanda Queen Beatrix, George Soros, Henry A Kissinger, David Rockefeller, James Wolfensohn Presiden The World Bank, Mike Moore Director Jeneral Paavo Lipponen PM Finland, Louise Frechette Timbalan Setiausaha Agung PBB, Donald E Graham penerbit akhbar The Washington Post, John M Deutch bekas pengarah CIA, Leif Johansson presiden syarikat
Volvo.

Pengerusi perkumpulan Bilderberg sekarang adalah Viscount E Davignon, seorang tokoh popular pengerusi bank raksasa di Belgium Societe Generale de Belgique, presiden AMUE (The Association for The Monetary Union of Europe), memiliki hubungan erat dengan Kissinger Associates juga ahli daripada David Rockefelleis Trilateral Commission. Ketika wartawan meminta komen mengenai perhimpunan itu, Davignon hanya menjawab : 'saya kira tidak perlu kerana tidak adaperkara penting yang,mesti saya sampaikan" Padahal tajuk vang dibahas dalam perhimpunan Bilderberg kali itu merangkum masalah pilihanraya di Amerika Syarikat, gIobaIisasi, ekonomi baru,Balkan dan perluasan kepentingan serta hak Eropah?

IniIah Bilderberg. perkumpulan sulit yang membabitkan ahli politik. konglomerat dan pakar dalam berbagai-bagai bidang dalam rangkaian pembuat konspirasi dan usaha perosakan dunia dalam skala global, kesan freemansory yang tidak mungkin dinafikan sangat selari dengan tabiat bangsa Bani Israel sebagaimana termaktub dalam Al Quran, dalam surah Al Isra’ avat 4 hingga 8 :

"Telah kami wahyukan kepada Bani Israel dalarn kitab. Sungguh kamuberbuat bencana dua kali dimuka bumi dan berlaku sombong dengan kesombongan yang besar. Apabila datang janji (seksaan) untuk yang pertama daripada keduanya. Kami bangkitkan kepadamu beberapa orang hamba Kami yang gagah perkasa, lalu mereka itu mundar-mandir (mencarimu) dalam negeri.
Itulah janji yang mesti diperbuat (dilakukan) Kemudian Kami kembalikan kekuasaan kepadamu dan Kami anugerah kamu harta benda dan anak-anak dan Kami jadikan kamu mempunyai kaum yang banyak. Jika kamu berbuat baik, nescaya kamu berbuat baik untuk dirimu. Jika kamu berbuat jahat. (balasannya) untuk dirimu pula. Maka apabila datang janji (seksaan) yang kemudian. (Kami bangkitkan musuhmu) sehingga mereka menghinakan mukamu dan memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka itu telah memasukinya pertama kali, lalu mereka membinasakan apa yang mereka kuasai dengan kebinasaan(yang hebat). Mudah-mudahan Tuhamu mengasihi kamu. Jika kamu kembali (berbuat dosa) nescaya Kami kembali Pula (menyeksamu) Dan Kami adakan neraka jahanam sebagai penjara. untuk orang-orang kafir.

Wallahualam..

17 January 2010

Gempa Bumi Haiti



Gempa bumi Haiti 2010 berkekuatan 7.0 skala richter terjadi sekitar 16 km dari ibu negara Port-au-Prince, Haiti di 04:53:09 (di pusat) pada hari Selasa 12 Januari 2010. Gempa bumi ini berlaku pada kedalaman 10.0 km di perut bumi. Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat mencatatkan lebih 10 gempa susulan lebih 5.0 skala richter termasuk yang bersaiz 5.9 dan 5.5 skala richter

Sebahagian besar tenggara Port-au-Prince hancur kerana gempa bumi ini, termasuk Istana Presiden Haiti, Dewan Parlimen, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince, hospital dan bangunan penjara. Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince turut ranap. Bagaimanapun, Presiden Haiti René Garcia Préval terselamat.


Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden Pemberontakan Haiti 2004. PBB melaporkan bahawa markas besar pasukan Misi Pengaman PBB di Haiti Port-au-Prince rosak teruk. Sejumlah pegawai PBB disahkan hilang.

Gempa terjadi di pedalaman, pada 12 Januari 2010, lebih kurang 25 kilometer (16 bt) barat daya dari Port-au-Prince dengan titik kedalaman 13 kilometer (8.1 bt) pada jam 16:53 UTC-5, terletak di Enriquillo-Plaintain Garden. Gempa turut dirasakan di Teluk Guantanamo , pulau Cuba , di Kingston, Jamaica, di Caracas,Venezuela dan di Santo Domingo , Republik Dominican.

Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat menyatakan terdapat 6 kali gempa dalam masa dua jam selepas gempa utama. Kadar gempa sekitar 5.9, 5.5, 5.1, 4.8, 4.5, dan 4.5 skala richter. Pertama dalam sembilan jam, 26 gempa susulan terjadi.

Dianggarkan 3 juta penduduk terjejas dalam bencana alam ini. Gempa sebesar ini pernah melanda Haiti pada tahun 1751. MSNBC.com dan NBC News melaporkan Marano Kristin, ahli geofisika USGS menyebutnya sebagai gempa terkuat sejak 1770 di Haiti. Pada 1946, gempa berkekuatan 8.1 skala richter melanda Republik Dominican dan Haiti yang membawa kepada bencana tsunami dan menyebabkan 1.790 orang terbunuh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik meramalkan tsunami akan terjadi tetapi kemudian membatalkannya.

Wartawan televisyen Haiti, "Haitipal" melaporkan bahawa Istana Presiden Haiti, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan, Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince telah runtuh. Hospital turut dilaporkan telah runtuh. Komunikasi seluruh bandar terjejas.Hospital di Pétionville, pinggiran Port-au-Prince musnah akibat gempa bumi. Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut rosak teruk.

Laporan awal menyatakan bahawa ribuan orang dikhuatiri terbunuh. Duta besar AS ke Haiti Joseph Raymond menyatakan gempa ini sebagai "sebuah bencana besar”.

The Associated Press menyebutnya sebagai "gempa bumi terbesar yang pernah tercatat di Haiti", Gempa bumi Jamaica 1692 hanya 7.5 pada skala richter.

Perdana Menteri Kanada Stephen Harper menasihati agar para pegawainya menilai kerosakan dan kemungkinan kecederaan rakyat Kanada.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berdoa agar kecederaan dapat dikurangkan. Amerika sedang memantau situasi dan kami siap untuk membantu rakyat Haiti.

Bulan Sabit Merah Turki telah menghantar sebuah pasukan bantuan ke Haiti. Radio Amatur HAM juga memberikan bantuan semasa bencana. Ramai bimbang kerana Haiti adalah sebuah negara miskin, kedudukannya ialah 149 dalam Indeks Pembangunan Manusia.

Sumber NSTP


15 January 2010

Kehebatan Air



Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera...

Air mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Air merupakan sebahagian drpd alam semulajadi, ia banyak digunakan dalam petua orang2 tua. Sebahagian drpd petua orang2 tua yang mudah & boleh dikuti oleh kita semua.


1. Amalkan byk minum air masak suam. Amalkan juga minum sekurang2nya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur & setiap pagi sebaik bangun dpd tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa minum di waktu pagi ini.

2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan & jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang2nya 2 jam sebelum minum air (kalau boleh ler). Ini dikatakan dpt mengelakkan kita dpd perut buncit.

3. Elakkan dpd mandi malam. Selain dpd mudah terdedah kpd penyakit paru2 berair ia juga mengelakkan kita dpd mudah terkena penyakit lenguh2 tulang.

4. Jgn gunakan air bertakung yg terkena panas matahari utk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau & jeragat pd kulit.

5. Utk menghilangkan sedu, minum byk air diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

6. Utk menghilangkan sakit tekak, selain dpd minum air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman & minum keesokan harinya.Insya-allah sakit tekak akan berkurangan.

7. Selain dpd air biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. Utk mengelakkan muka dpd timbul jeragat, amalkan membilas muka dgn air bilasan beras yg kedua.

8. Bagi mereka yg mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan minum airbilasan beras yg kedua setiap hari selama 3 hari berturut2.

9. Utk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sbg baja utk tanaman.Dikatakan bhn organik pd air bilasan kain dpt menyuburkan tanaman.

10. Utk meredakan demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke kepala. Insya-allah panas akibat demam atau pening kepala akan reda.

11. Air juga merupakan petua utk penjagaan suara bagi yg gemar menyanyi & mengaji. Selain dpd mengamalkan byk minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dpt mengelakkan suara dpd pecah.

12. Utk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dr kaki & naik sehinggalah ke kepala. Begitupun menurut pakar perubatan, cara begini bagus diamalkan utk mengelakkan kejutan pd kepala & jantung bila terkena air khususnya jika mandi awal2 pagi.


Selamat mencuba & semoga ianya bermanfaat utk kita semua.

Disclaimer: Artikel di dalam laman web ini disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda dan di mana pun anda berada.


Nota : Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%.

13 January 2010


10 January 2010

Hadiah Malam Jumaat




Assalamualaikum wrb dan selamat sejahtera..

Ikuti kisah pengalaman Salih Al Mazi yang saya kutip dari kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas. Semoga kita sama-sama mendapat ikhtibar. Selamat membaca…


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.



Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazi ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tetapi sebelum dia masuk, Al Mazi yang sedang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah! Aku lihat engkau terlalu sedih, mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang yang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya supaya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya itu. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari merata tempat, beliau pun berjumpalah ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata,"wahai salih, memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesen pun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.

" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

Wallahualam.


07 January 2010

Petrol Bersubsidi Untuk Rakyat Malaysia Sahaja!

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Mulai 1 Mei ini, petrol akan dijual dalam dua harga berbeza iaitu yang bersubsidi untuk warganegara dan tanpa subsidi bagi bukan warganegara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata, harga petrol untuk warganegara adalah mengikut harga subsidi kerajaan dan kapasiti enjin kereta dengan menggunakan Mykad.

Oleh yang demikian sudah pasti kerajaan akan mengarahkan semua stesen minyak untuk mengubah prasarana stesen mereka supaya dapat menjaul petrol kepada warganegara dan bukan warganegara.

Apa yang membimbangkan ialah, berlaku ketidakpuasaan hati pengusaha stesen minyak kerana kos untuk mengubahsuai stesen minyak bukannya sedikit!

Namun demikian, rakyat sepatutnya menyokong dasar kerajaan ini kerana petrol bersubsidi adalah khas untuk warganegara Malaysia sahaja. Buat apa kita bagi petrol bersubsidi kepada warganegara asing sedangkan mereka tidak ada semangat patriotik kepada negara kita. Bila telah kaya, mereka akan pulang ke negara asal, seterusnya menggunakan hasil kekayaan untuk majukan pula negara mereka. Apa yang kita dapat??? Renungkan sejenak...

Sekian...

Peperiksaan Awam!

Foto dari http://buaya-merah.blogspot.com/

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Gara-gara golongan pelajar wanita yang kerap meniru dalam peperiksaan awam di Jepun, mereka akhirnya diarahkan untuk telanjang bulat ketika mahu menduduki peperiksaan baru-baru ini.

Pastinya, pelajar lelaki tidak akan khusyuk menjawab soalan peperiksaan kerana gangguan hebat ini...

Blog Cikgu Mohd Isa Abd Razak


Berita Harian, 5 Januari 2010

LAMAN blog http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com membincangkan kepentingan memaksimumkan penggunaan istilah bahasa Melayu kerana majoriti istilahnya indah, sedap disebut dan diguna pakai, sekali gus dapat membantu perkembangan bahasa kebangsaan di bumi sendiri.

Pemilik dan penulis blog terbabit, Mohd Isa Abd Razak (gambar), memberi maklumat kepada pembaca lamannya bahawa bahasa Melayu ada hampir sejuta istilah dengan kebanyakan pengguna menggunakan istilah itu dalam pelbagai bidang ilmu.

“Bahasa kebangsaan berkembang pesat dan perkembangan itu ketara daripada segi penciptaan istilah, tetapi kita tidak perlu mengetahui, apalagi mengingat semua istilah itu, sebaliknya masyarakat hanya perlu melihat, mengetahui dan belajar istilah lazim untuk tujuan komunikasi lisan atau tulisan,” tulis Mohd Isa dalam catatan Serlahkan Kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan dengan Menggunakan Istilah Bahasa Melayu.

Bekas Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Keningau itu, turut mengajak pembaca lamannya meninjau sumber bagi mengesan istilah dalam sesuatu bidang, termasuk kemudahan rujukan di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Mohd Isa membidas penggunaan istilah Inggeris yang meluas dalam masyarakat termasuk back-drop, resort dan waterfront, sedangkan dalam bahasa Melayu perkataan itu disebut sebagai latar pentas, persantaian dan pinggir air.

“Pada hemat saya, pengusaha pusat penginapan perlu peka dengan istilah bahasa Melayu kerana kita tidak dapat mengharapkan pengguna bahasa Melayu menggunakan istilah ini, jika pihak berkenaan terus menggunakan istilah Inggeris.

“Saya percaya kebanyakan kita sudah biasa menggunakan istilah Inggeris kerana saya juga termasuk dalam golongan pengguna bahasa yang lebih banyak menggunakan istilah berkenaan berbanding padanannya dalam bahasa Melayu,” akuinya.

Beliau menekankan peri pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat cinta akan negara dan berusaha mencipta kesepakatan bersama antara masyarakat pelbagai kaum.

“Antara cara kita menyerlahkan kecintaan terhadap negara adalah dengan menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua cara komunikasi dan perlu berusaha menggunakan bahasa Melayu yang baku, sopan dan indah,” tulisnya.

04 January 2010

Abdulrahman Wahid (Gus Dur)

Abdurrahman Wahid (lahir 7 September 1940 – meninggal 30 Disember 2009) juga dikenali sebagai Gus Dur) adalah Presiden Republik Indonesia yang keempat dan ketua Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang diasaskannya selepas kejatuhan pemerintahan Suharto. Beliau menggantikan Presiden B. J. Habibie setelah dipilih oleh Parlimen Rakyat (MPR), hasil daripada pilihan raya umum 1999. Tempoh jawatannya sebagai Presiden Indonesia bermula pada 20 Oktober 1999. Gus Dur menyelenggarakan pemerintahannya dengan bantuan kabinet Persatuan Nasional. Disebabkan serangan penyakit angin ahmar dan tuduhan rasuah, beliau diminta meletak jawatan oleh Persidangan Khas MPR dan pimpinannya digantikan oleh Megawati Sukarnoputri pada 23 Julai 2001.


Dilahirkan di Denanyar, Jombang, Jawa Timur, Gus Dur ialah anak sulung daripada enam adik-beradik. Ayahnya, K.H. Wahid Hasyim, ialah bekas Menteri Agama pada tahun 1949, sedangkan ibunya, Ny. Hj. Sholehah, adalah pengasas sekolah berasrama Islam di Denanyar. Datuknya sebelah ayah ialah K.H. Hasyim Asy'ari, pengasas Nahdlatul Ulama (NU), sebuah pertubuhan Islam yang terbesar di Indonesia. Sebaliknya, datuknya sebelah ibu ialah K.H. Bisri Syamsuri yang juga merupakan tokoh NU.


Walaupun Gus Dur selalu merayakan hari jadinya pada 4 Ogos, sebenarnya hari lahirnya bukan pada hari itu. Sebagaimana juga dengan banyak aspek dalam kehidupan peribadinya, banyak hal tidaklah seperti apa yang terlihat. Memang Gus Dur dilahirkan pada hari keempat dalam bulan kelapan, tetapi bukannya dalam penanggalan takwim Barat, tetapi dalam penanggalan takwim Islam. Oleh itu tarikh lahir beliau sebenarnya ialah 4 Sya'ban 1940, iaitu 7 September 1940.


Secara terbuka, Gus Dur pernah menyatakan bahawa beliau berketurunan daripada Tan Kim Han, seorang Cina Muslim yang membantu Raden Patah untuk merampas kuasa daripada Kerajaan Majapahit dan mengasaskan Kerajaan Demak. Berdasarkan penyelidikan Louis-Charles Damais, seorang penyelidik Perancis, Tan Kim Han dicamkan sebagai "Syekh Abdul Qodir Al-Shini" sewaktu makamnya ditemui di Trowulan.


Gus Dur memulakan pendidikan awalnya dengan mengaji Al-Quran daripada K.H. Hasyim Asy'ari, datuknya. Sewaktu berumur lima tahun, beliau sudah fasih membaca Al-Quran. Gus Dur menuntut di sekolah rendah Jombang apabila ayahnya pindah ke Jakarta. Selepas pendidikan sekolah rendahnya pada tahun 1953, beliau menuntut di Sekolah Menengah Ekonomi Pertama (SMEP) di Gowongan, Yogyakarta, sambil belajar di sekolah berasrama Krapyak. Oleh sebab keadaan dalam asrama sekolah itu amat terbatas, Gus Dur menginap di rumah Haji Junaidi, pengerusi pertubuhan Muhammadiyah tempatan dan orang berpengaruh di SMEP. Beliau mengaji Islam dari Haji Junaidi pada waktu subuh selepas solat, belajar di SMEP pada waktu siang, dan kemudian pada waktu malam, menyertai perbincangan dengan Haji Junaidi dan ahli-ahli Muhammadiyah.


Gus Dur meneruskan pendidikannya di Sekolah Berasma Tegalrejo Magelang, Java Tengah setelah pendidikan SMEP. Selepas menghabiskan dua tahun di sana, beliau yang berumur 20 tahun ketika itu, pindah ke Sekolah Berasrama Tambak Beras di Jombang untuk menjadi ustaz serta ketua keselamatan sekolah itu. Sekolah itu dimiliki oleh bapa saudaranya, K.H. Abdul Fatah.


Sewaktu berumur 22 tahun pada tahun 1962, Gus Dur pergi ke Mekah untuk menunaikan haji, dan kemudian melanjutkan pendidikannya di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun 1966, beliau masuk Fakulti Agama Universiti Baghdad Iraq, dan memperoleh ijazahnya pada tahun 1970.


Selepas pendidikannya di Baghdad, Gus Dur hendak meneruskan pendidikannya di Eropah tetapi keperluan untuk masuk ke universiti, terutamanya keperluan penguasaan bahasa, terlalu tinggi. Umpamanya, untuk belajar pengajian klasik di Kohln, seseorang harus menguasai bahasa Ibrani, bahasa Greek atau bahasa Latin). Beliau kemudian pergi ke Universiti McGill di Kanada untuk mepelajari pengajian Islam dengan lebih mendalam. Gus Dur pulang ke Jawa pada tahun 1971 untuk memulakan kerjayanya.


Kebanyakan daripada perbalahan Gus Dur tertimbul daripada jenakanya yang penuh dengan sindiran serta percakapannya yang berterus-terang. Beliau dianggap sebagai seorang peramah dan pelawak, sebagaimana yang boleh diperlihatkan daripada nama samaran mesranya, "Gus Dur" ("Gus" merupakan abang atau kawan, sedangkan "Dur" ialah sebahagian namanya, Ab-'dur'-rahman).


Pada era Ketertiban Baru Suharto, walaupun Gus Dur kelihatan seolah-olah seorang yang berpendirian sederhana dan yang mengelakkan perbalahan, beliau sebenarnya merupakan seorang pembangkang berdikari yang amat licik. Beliau dianggap oleh Presiden Suharto sebagai suatu ancaman yang serius kerana pertubuhannya, Nadhlatul Ulama, ialah pertubuhan Islam yang terbesar di Indonesia dan di seluruh dunia, dengan bilangan pengikut hampir sebanyak 40 juta orang. Suharto berulang kali mencuba menyingkirkan beliau daripada pucuk pimpinan Nadhlatul Ulama dan menggantikannya dengan seorang yang lebih bekerjasama, tetapi semua percubaan ini tergagal. Kegagalan ini disebabkan oleh tradisi kepimpinan Nadhlatul Ulama yang amat konservatif, serta penghormatan besar yang diilhami dan diberikan kepada Gus Dur. Secara tradisi, Nahdatul Ulama telah dipimpin oleh ahli-ahli keluarga dan keturunan Hasyim Asy'ari, pengasas pergerakan besar-besaran itu (Gus Dur adalah cucu lelaki Asy'ari). Sejak masa itu, Gus Dur juga telah mengikat tali persahabatan dengan banyak tokoh Indonesia yang utama, termasuknya orang bukan Islam seperti paderi Jesuit Frans Magnis-Suseno yang amat dihormati, serta mendiang pejuang kebangsaan, Jeneral Benny Moerdani, yang beragama Katolik.


Pada Jun 1999, PKB Wahid menyertai Pilihan Raya Umum dan memenangi 12% daripada jumlah undi, sedangkan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) memenangi 33%. Bagaimanapun, keputusan ini tidak menjamin pemilihan Megawati Sukarnoputri sebagai Presiden, disebabkan kuasa untuk memilih Presiden dan Naib Presiden pada peringkat itu masih di dalam tangan Parlimen Rakyat (MPR). Sewaktu MPR memulakan persidangan pada Oktober 1999, Amien Rais, Pengerusi MPR, membentuk sebuah parti campuran yang terdiri daripada parti-parti Islam dan Golkar, dikenali sebagai "Paksi Pusat". Parti campuran ini mencalonkan Gus Dur sebagai Presiden dan beliau menewaskan Megawati dalam pilihan raya Presiden demokrasi yang pertama di Indonesia. Sewaktu menerima berita itu, penyokong-penyokong Megawati memulakan rusuhan yang meluas. Untuk menghentikan rusuhan tersebut, Gus Dur memastikan bahawa Megawati dilantik sebagai Naib Presiden.


Disebabkan oleh penyakit yang amat teruk (Gus Dur telah menghidap strok berbilang yang menyebabkannya hampir buta) dan tuduhan-tuduhan rasuah yang tidak berasas, Gus Dur didakwa oleh sebuah kumpulan campuran politik yang diketuai oleh naib presiden dan penggantinya, Megawati Sukarnoputri, pada Julai 2001. Sebahagian besar daripada gerakan awam Indonesia menentang pemecatan Gus Dur, dan memperlihatkan tindakan itu sebagai suatu percubaan yang nyata oleh sisa-sisa rasuah Ketertiban Baru Suharto, tentera, dan parti Megawati untuk menghalang proses pembaharuan yang dimulakan oleh Gus Dur.


Walaupun Gus Dur kelihatan tidak memberikan perhatian penuh terhadap persoalan-persoalan kerajaan, beliau berjaya untuk memencarkan banyak aspek pentadbiran Indonesia. Beliau juga memansuhkan kebanyakan daripada undang-undang yang mendiskriminasikan orang Cina Indonesia, dan juga mengakui bahawa keturunan neneknya sebelah ibu adalah sebahagian daripada orang Cina. Beliau membubarkan Kementerian Maklumat negara yang menyekat kebebasan akhbar selama berdekad-dekad, dan menggalakkan perkembangan kegiatan-kegiatan intelek dan seni.


Oleh sebab Gus Dur merupakan seorang penyokong kebebasan dan toleransi yang terus terang, kegiatan-kegiatan intelek berhaluan kiri yang ditindas dengan kejam oleh Ketertiban Baru selama melebihi tiga dekad juga berkembang pada tempoh perjawatannya sebagai presiden. Buku-buku sosialisme dan Marxisme, poster-poster Che Guevara, dan kumpulan-kumpulan intelek berhaluan kiri berkembang dengan meluas, mungkin sebagai reaksi yang sangat gembira terhadap pembebasan daripada pemerintahan Suharto yang amat menindas.


Walaupun didakwa, Gus Dur masih amat dihormati dan beliau masih aktif dalam politik Indonesia dengan ulasannya yang lucu dan penuh sindiran terhadap politik Indonesia. Beliau mengaku secara terbuka bahawa beliau tidak mengundi untuk pusingan kedua dalam pilihan raya presiden Indonesia kerana hendak menandakan bantahannya terhadap Jawatankuasa Pilihan Raya Umum (KPU) yang tidak melayakkannya untuk pencalonan.


Gus Dur baru-baru ini menjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin kumpulan campuran politik, "Campuran Nusantara Bangkit Bersatu", bersama-sama dengan tokoh-tokoh lama yang lain, seperti Try Sutrisno (bekas Jeneral Ketertiban Baru serta Naib Presiden), Wiranto (bekas pemimpin tentera semasa Ketertiban Baru dan tempoh pembaharuan), pendakwanya Megawati Sukarnoputri, serta Taufik Kiemas (suami Megawati). Kumpulan campuran itu telah dibentukkan untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan Indonesia yang diketuai oleh Susilo Bambang Yudhoyono dan Jusuf Kalla, khususnya terhadap penarikan balik subsidi yang tidak popular untuk harga jualan negara bagi minyak bahan api bertapis baru-baru ini (perniagaan minyak bahan api bertapis di dalam negara dimonopoli oleh syarikat kerajaan, 'Pertamina').


Gus Dur ialah orang yang mengilhami Institut Wahid, sebuah pertubuhan bukan untung yang diketuai oleh Yenni Wahid, anak perempuannya. Beliau juga berkhidmat sebagai penaung, ahli lembaga pengarah dan penasihat kanan untuk Yayasan LibForAll ("Kebebasan untuk Semua") yang bertujuan untuk mengurangkan keterlaluan agama dan mencemarkan terorisme di seluruh dunia.


Antara tulisan-tulisannya yang lain, Gus Dur ialah pengarang untuk "Islam Benar lawan Islam Salah", sebuah rencana yang sangat besar pengaruhnya yang diterbitkan oleh Jurnal Wall Street pada 30 Disember 2005. Dalam rencana itu, beliau meminta "orang yang baik hati daripada setiap kepercayaan dan negara" untuk bersatu bagi tujuan menewaskan ideologi kebencian agama yang mendasari dan menghidupkan terorisme.



Rujukan

Kompas.com



Related Posts with Thumbnails