23 February 2010

Datuk Sudirman Hj. Arshad


Datuk Sudirman Hj. Arshad

Assalamualaikum wrb & Salam Sejahtera..

Hari ini 22 Februari 2010, adalah genap 18 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad. Berikut saya sebarkan semula sedikit maklumat mengenai penyanyi tersohor tersebut.

Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.

Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.


Riwayat hidup.

Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.

Zaman persekolahannya.

Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) akibat penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), yang juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh, Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada tahun 1978.

Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.

Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.

Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya (The Singing Lawyer)

Bintang RTM 1976.

Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik.

Selepas Bintang RTM, tahun 1977, Sudirman mula merakamkan suara dalam album EP sulungnya “Teriring Doa”, bersama Warnada Rekod. Walaupun ketika itu sibuk dengan kuliahnya di Universiti Malaya, beliau sempat merakam lagu-lagu untuk dimuatkan dalam EP pertamanya, antaranya lagu “Teriring Doa” dan “Suratku Yang Ini”.

Tahun 1978, EMI menawarkan kontrak kepada Sudirman. Album sulungnya dengan EMI berjudul “Aku Penghiburmu”. Beliau menyanyikan semula lagu “Jali Jali” yang telah memperkenalkannya kepada umum, termasuk dua lagu ciptaan Ahmad Nawab, “Aku Penghiburmu” dan “Kasih”. Kedua-dua lagu ini juga dinyanyikan oleh Broery Marantika apabila Ahmad Nawab berhijrah ke WEA. Dalam tahun itu, Sudirman dipilih sebagai Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.

Tahun 1979, album “Perasaan” telah diterbitkan dengan lagu hit “Gerimis di Lautan” bersama dengan lagu lucu “Mat Disko” dan “Toyol”.

Setelah menamatkan pengajiannya, Sudirman bebas mengembangkan karier seninya. Beliau yang bangga dengan imej budak kampung, menyanyikan lagu-lagu yang berkait rapat dengan masyarakat Malaysia.

Istimewanya Sudirman ialah, bermula tahun 1980, beliau telah menerbitkan 2 buah album dalam setahun. Kesemua albumnya berjaya dan kebanyakkan lagu-lagunya menjadi hit. Tidak semua artis pada zaman Sudirman dan zaman sekarang mampu berbuat demikian.

Tahun 1980, album Anak Muda dan Lagu Anak Desa
Tahun 1981, album Lagu Dari Kota dan Twinkle-Twinkle Little Star
Tahun 1982, album Lagu Cinta dan Abadi
Tahun 1983, album Images (hanya sebuah album sahaja)
Tahun 1984, album Orang Baru dan Lagu Dari Sebuah Bilik

Pada tahun 1985, Album Konsert Malam Anak Desa di UKM Bangi edisi terhad telah diterbitkan dalam bentuk kaset. Ianya adalah rakaman langsung persembahan konsert tersebut.

Selepas itu, Sudirman hanya menerbitkan sebuah album dalam setahun.

Tahun 1986, album Orang Kampung
Tahun 1987, album Kul It
Tahun 1989, album Asia’s No. 1 Performer

Lagu-lagu Sudirman yang istimewa dan popular telah dikumpulkan dalam album kompilasi Koleksi 16 Lagu-lagu Terbaik (1986) dan Pilihan Sentimental Emas (1987). Oleh kerana beliau amat menggemari lagu-lagu lama/klasik dan berirama deli, Sudirman turut mengeluarkan album Lagu-Lagu Rakyat (1989) dan Koleksi Klasik (1991).

Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, beliau telah menghasilkan 18 buah album dalam bahasa Melayu, dan 2 buah album dalam bahasa Inggeris (Twinkle-Twinkle Little Star dan Images).

Selepas kematiannya pada tahun 1992, EMI Malaysia telah mengeluarkan 3 buah album kompilasi. Dua lagu baru, ”Setelah Kau Tiada” dan ”Cinta Di Sisimu” dapat diterbitkan setelah diketahui siapa penciptanya. Lagu-lagu ini dimasukkan dalam album ”Setelah Kau Tiada”.

* Sudirman - Jauh Di Sudut Hati (1992)
* Sudirman - Balik Kampung (1993)
* Sudirman - Setelah Kau Tiada (1995)

Banyak album kompilasi beliau telah diterbitkan semula dalam bentuk kaset dan cakera padat.

* Sudirman - DwiDekad (1996)
* Nilai Cintamu (2000)
* Sudirman - 24 Greatest Hits
* Sudirman No.1 (2002)
* Sudirman Penghibur No.1 (2002)
* Sudirman II 40 No.1 Dalam 1 (2003)
* Memori Hit Sudirman (2004)
* Sudirman - Memori Sentimental Hit (2005)
* Sudirman -Dwi Intan
* Sudirman - Timeless (2006)
* Koleksi Emas Aidilfitri
* Alunan Sukma Sudirman & Sharifah Aini
* Memori Hit Melayu Deli

Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.

Lagu-lagunya ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa seperti lagu ”Pesan Abang”, ”Jamilah”, ”Sepetang Di Pinggir Bukit”, ”Orang Kampung” dan banyak lagi. Ada lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai tuhan.

Sudirman pada tahun 1980.

Sudirman memberikan nilai baru kepada kampung halaman apabila menyanyikan lagu ”Hidup Sederhana” (Basikal Tua) dan ”Anak Gembala” dengan tempo yang rancak dan girang.

Lagu seperti ”Apa Khabar Orang Kampung” mengajak peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul kita. Lagu ”Balik Kampung” merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang berpusu-pusu pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.

Ketika bermula era "siswazah menganggur" Sudirman terlebih dulu menyingkapkan dalam lagu ”Aku Penganggur”. Sekalipun lagu ini berentak rancak tetapi isu yang dilontarkan tentang stigma penganggur sampai kepada sasaran.

Lagu, ”Aku Dan Duniaku” menceritakan Sudirman dengan dunia pilihannya, manakala lagu seperti ”Baru Dapat Kerja”, ”Orang Muda” dan ”Pulang Dari Kilang” adalah paparan mengenai jiwa dan perasaan orang muda, terutama yang baru bekerja.


Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.

Sudirman mengabadikan puisi nukilan Allahyarham JM Aziz iaitu ”Penyu Menangis Siapa Tahu” yang sebenarnya mengenai rayuan seekor penyu agar manusia menghentikan pencemaran alam sekitar.

Lagu, ”Pesta Dunia” mencela manusia-manusia negara kaya yang membazirkan makanan dan memperpanjangkan kebuluran di negara-negara miskin. Tahun itu, lagu ini telah memenangi kategori lagu terbaik dan penyanyi terbaik di South East Asia Song Festival.

Manakala lagu-lagu seperti ”Punch Card” dan ”Chow Kit Road” bukan saja menghiburkan dan sedap didengar tetapi juga mempunyai mesej.

Semangat patriotik.

Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album (piring hitam) ABADI (1982) bahawa EMI dan penerbitnya masa itu, S. Atan, tidak yakin untuk menerbitkan album patriotik (sepuluh lagu semuanya lagu patriotik) kerana takut masyarakat tidak dapat menerimanya. Tetapi demi cintanya pada Malaysia, beliau berkata sekurang-kurangnya biarlah dia ada satu album patriotik untuk seumur hidupnya. Dalam ABADI, lahirlah lagu Warisan, Punch Card, Kehadiranku, 31 Ogos dan Tegakkan Bendera Kita. Album itu tidak mendapat sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain. Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudirman itu mendapat perhatian sampai kini. Lagunya sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari kemerdekaan.

Suara bangga dan kagum pada negara, agama dan bangsa serta tokoh pemimpin diluahkan oleh Sudirman menerusi lagu Radio Malaysia, Bapak (ditujukan kepada Bapak Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Kul It! (mengenai perpaduan kaum) serta One Thousand Million Smiles.

Beliau turut menyanyikan lagu yang ditujukan khusus kepada Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul Mama. “Mama (panggilannya kepada Saloma) tidak percaya bila saya membuka mulut meminta kebenaran untuk saya cipta lagu untuknya. Kata Mama, P.Ramlee enggan cipta lagu untuknya kerana Saloma adalah miliknya, dan tidak perlu cipta lagu lagi,” kata Sudirman pada April 1983.

Sudirman meninggalkan lagu Salam Terakhir dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf yang memberi makna besar kepada peminatnya.

Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan.

Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya.

Kerjaya sebagai artis

* Duta Nyanyian

Tahun 1986, Tourism Malaysia melantiknya sebagai Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia. Semasa Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, Sudirman mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysia (To Know Malaysia is to Love Malaysia) ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.

Sudirman dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat terkenal seperti Proton, Malaysia Airlines, Honda Cup dan "honored pioneer card member" dengan Hong Leong.

* Konsert di Chow Kit Road

Konsert di Chow Kit Road

Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.

Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.

* Penghibur Terbaik Asia

Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.

Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.

* Persembahannya

Sudirman, seorang artis yg mempunyai daya tarikan yg tersendiri. Dia lincah dengan showmanship di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan di zamannya, dan memiliki pelbagai koleksi pakaian beraneka fesyen yang digunakan sewaktu persembahan. Sudirman pernah muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya berbeza, beliau mengenakan baju bendera sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.

Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu Merisik Khabar dengan petikan pemetik api simbolik beliau.

Malah beliau merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa (bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan Hindi) serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.
Sudirman & The Girls

Sepanjang persembahannya, Sudirman diiringi band pengiringnya (The Glue), kumpulan penari (The Girls) dan penyanyi latar (The Giggles). Biarpun sibuk dan sudah dikenali, beliau masih meluangkan masa untuk belajar vokal dari penyanyi klasik terkenal bernama Florence Fong.

Sudirman juga seorang yang bijak bekerja. Dia bekerjasama dengan produser, suka berkongsi idea dengan penerbit untuk menghasilkan yang terbaik. Beliau memiliki kreativiti yang amat besar. Dengar saja penghayatan lagu yang dinyanyikannya. Beliau juga amat unik dengan penjiwaan di atas pentas. Bukan saja kerana nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-rakannya dikagumi menjadikannya seorang insan istimewa.

Kejayaan Sudirman sebagai penghibur itu juga tidak dapat lari dengan lagu-lagu popular gubahan komposer terkenal seperti Datuk Ahmad Nawab, Ooi Eow Jin, S.Atan, Manan Ngah, Osman Ghani, Kassim Masdor dan M.Nasir, selain lirik puitis oleh Habsah Hassan menerusi luahan rasa sebenar penyanyinya. Habsah Hassan turut menulis skrip untuk Sudirman semasa membuat persembahan rancangan RTM dan majlis makan malam.

Beliau juga aktif di dalam Persatuan Penyanyi dan Pemuzik Tanahair (PAPITA) dan dilantik menjadi Timbalan Presiden PAPITA untuk satu penggal. Semasa hayatnya, Sudirman sangat mengutamakan pemilikan hak cipta. Dia mempertahankan nama dan haknya bagi memastikan tidak ada pihak ketiga mengambil kesempatan.

Beliau mempunyai ramai kenalan rapat, diantaranya dari kalangan wartawan (Bahyah Mahmood, Intan Zabidin, Saodah Ismail, Ku Seman Ku Hussin, Fauziah Samad, Adam Salleh, Tajaiyah Ihsan, Fatimah Hassan, Mokhtar Alias, Juwie, Huzz, Muzlina, Zubairi Zabidin) dan kalangan artis (Noor Kumalasari, Sharifah Aini, Anita Sarawak, Yusni Jaafar, Sarimah, Zaiton Sameon, Ramli MS).
[sunting] Perkahwinan
Gambar perkahwinan

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, pada 14 Februari 1981, Sudirman menamatkan zaman bujangnya apabila berkahwin bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamariah “Kay” Jamaluddin, seorang gadis yang bekerja di Petronas. Para peminat menyambut berita itu dengan gembira. Bagaimanapun, perkahwinan itu cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Sahabat baik Sudirman, Noorkumalasari pernah berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, dua perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.

Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Kematian.

17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.

"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

Pencapaian Sudirman

Semasa hayatnya dan selepas pemergiannya, Sudirman telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni dan pingat kebesaran.

* Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia.
* Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
* Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
* Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
* Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
* Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar
* Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
* Asia's Number One Performer 1989
* Anugerah Guinness
* Pingat Ahli Mangku Negara 1988
* Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1992
* Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992
* Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993
* Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993

“ Bukan gelaran jadi ukuran... Tetapi bakti yang disumbangkan. ”

Penulis dan pelukis kartun.

Sewaktu hayatnya, selama 10 tahun, Sudirman menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu. Beliau juga menjadi residen writer di Kumpulan Karangkraf. Tugasnya setiap hari ialah menulis dan melukis untuk majalah-majalah terbitan Karangkraf waktu itu seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. Idea itu adalah ideanya sendiri, lukisannya sendiri. Malah beliau turut menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi kolumnis di beberapa buah akhbar mingguan tempatan, antaranya dia pernah menemuramah dan menulis riwayat hidup pahit getir perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba di dalam sebuah akhbar tabloid.
Sejarah Awal Sudirman

* Sejarah Awal Sudirman

Sudirman telah menceritakan kisah-kisah awal hidupnya melalui buku kartun Sejarah Awal Sudirman yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf pada tahun 1991. "Berbagai-bagai keterangan mengenai saya telah disiarkan di lipatan majalah dan muka akhbar. Ada yang benar, dan ada yang tidak. Adatlah, apabila orang kedua bercerita, kadang-kadang ada yang terkurang dan ada juga yang terlebih kata. Tetapi buku ini cerita saya dan dari mata pena saya sendiri. Ceritanya tentu akan merantaikan diri saya. Tetapi tidak apa, kerana cerita ini cerita benar tentang diri saya. Buku ini merangkumi hidup saya dari saat kelahiran saya hingga Mei 1972..." LAT, pelukis kartun tanahair yang ulung, merupakan sumber inspirasi beliau.[3]
Dari Dalam... Sudirman

* Dari Dalam... Sudirman

Cerita-cerita ini pertama kali disiarkan melalui ruangan Cetusan Rasa kelolaan Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang terbit seminggu sekali melalui akhbar BACARIA terbitan Karangkraf dari 5 Mei 1983 hingga 7 Ogos 1984. Edisi khas ini dibuat pada bulan Disember 1986 kerana Allahyarham ingin berkongsi luahan dan cerita untuk renungan bersama peminat yang menyayangi beliau.

* Taming Si Budak Pintar

Sudirman memenangi Hadiah Pertama dalam Mobil-Malaysian Association of Book Publishers Awards, anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995, yang memuatkan pelbagai cerita kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak pintar. Anak saudaranya, Johana Era Zainuddin menerima anugerah tersebut bagi pihak beliau dari Datuk Peter Tinggom.

Pelakon filem

Tookoo mengajar Din menulis
KAMI

* Filem: KAMI
* Watak: Tookoo (remaja berusia 17 tahun).
* Mula ditayangkan: 27hb Mei 1982
* Dikeluarkan oleh: Indra Film Productions and Distribution Sdn. Bhd
* Arahan: Patrick Yeoh (filem pertama arahannya)
* Lagu tema : Pelangi Petang [4]

Sinopsis: Tookoo hanya belajar sampai darjah 6 dan hobinya suka menyanyi. Ibunya sudah meninggal dunia, dia tinggal bersama ibu tiri dan bapanya. Disebabkan tidak serasi dengan ibu tirinya, dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Di sana, Tookoo bertemu dengan Din, seorang kanak-kanak terbiar. Din tinggal bersama makciknya yang selalu menderanya. Oleh sebab itu Din pun melarikan diri dan ingin mencari ibu kandungnya. Suatu hari semasa hujan, Din minta berteduh di tempat berlindung Tookoo iaitu sebuah banglo yang ditinggalkan. Sejak itu Din dan Tookoo menjadi kawan baik, di situlah bermulanya KAMI. Macam-macam halangan dan rintangan yang mereka hadapi dalam meneruskan hidup.

Sudirman telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia, tetapi tidak berjaya.

BERCITA-CITA INGIN MENJADI PRODUSER Menjelang penghujung usianya, Sudirman memberitahu, dia telah menyiapkan skrip filem Primadona dan bercita-cita untuk menjadi produser dan pengarahnya. Malangnya hasratnya itu tidak kesampaian.

Usahawan

Minuman tin Sudi
Cermin mata hitam

Sudirman pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal kira-kira RM3 juta, yang mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama Sudi. Kejayaannya dalam memasarkan Sudi telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Minuman Sudi yang terkenal telah mengambil 5 peratus pasaran minuman karbonat dalam masa 6 bulan beroperasi (dengan bantuan majalah bisnes dan program TV dari Australia ke Hong Kong mengiklankan minuman Sudi).

Pada 9 Mac 1991, Sudirman telah mengadakan konsert di tapak Expo Air Keroh, Melaka. Konsert percuma anjuran SUDI Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka itu, bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai atas sambutan mereka terhadap minuman jenama Sudi.

Atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka Sudi Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular dan ‘merchadising’ keluaran dirinya, termasuk cermin mata hitam yang fleksibel.

Syarikatnya merancang untuk mengeluarkan Sudi Rasa - iaitu makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa, buah-buahan, koktel dan mee segera. Dilaporkan ada juga rancangan untuk minyak masak, sos tomato dan sos cili istimewa. Beliau dikatakan memiliki restoran yang dinamakan Restoran Selera Sudi terletak berhampiran pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas.

Tahun 1983, Sudirman menubuhkan syarikatnya 'Sudirman Productions' dengan hanya seorang pekerja. Tahun 1987, Sudirman menghasilkan sebuah album berjodol Sahabat untuk anak saudara kesayangannya Atai (Razman Azrai Zainudin) di bawah Sudirman Productions. Beliau bersama pengurusnya, Mike Bernie Chin bercita-cita menerbitkan video yang merakam aksinya ketika konsert. Walaubagaimana pun pada Mac 1987, Mike Bernie mengundurkan diri daripada menjadi pengurus Sudirman setelah ia merasa Sudirman tidak dapat 'diurus' lagi. Kemudian Sudirman melantik Dharanee Dharan Kannan sebagai pengurusnya sehingga Jun 1991 apabila Dharanee meletakkan jawatan. Sejak itu Sudirman mahu mengurus sendiri semua kegiatan hiburannya.

Malangnya setelah Sudirman jatuh sakit, perniagaannya - Sudirman Productions dan SUDI Sdn Bhd telah ditutup pada September 1991.

Namamu tetap dikenang

Nama Sudirman Haji Arshad terus bersemadi di dalam hati peminatnya. Beliau masih Penghibur nombor 1 yang sukar dicari ganti.

Tetap dikenang

Setiap kali Merdeka atau Aidilfitri, kita akan teringatkannya. Menjelang Hari Raya Aidil Fitri, rakyat Malaysia turut sama menyanyi apabila mendengar lagu nyanyian Sudirman, Balik Kampung, Selamat Hari Raya dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf berkumandang di radio dan TV. Tatkala sambutan Hari Merdeka, lagu patriotik 31 Ogos dan Warisan masih dimainkan.

Seperti ibunya, Sudirman diabadikan di Muzium Tokoh Pahang, di Kuantan sebagai mengenang jasanya di bidang seni kepada bangsa dan negara. Disinilah dipamerkan barang berharga - trofi Anugerah Penghibur Terbaik Asia milik Sudirman.

Tahun 1992, sebuah buku biografi Detik Terakhir Sudirman telah ditulis oleh En. Ghafar Nin dan Cik Amira Muhamad - Keistimewaan yang ada pada Sudirman untuk dijadikan kenangan khusus buat peminatnya.

Pada 23 Mei 2002, EMI Malaysia, Arkib Negara dan Istana Budaya telah bekerjasama dalam menjayakan Majlis Pengkisahan dan Pameran Sudirman di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman selama sebulan sempena 10 tahun pemergian Sudirman. Objektif pameran dan pengkisahan buat julung kalinya itu juga bagi mengumpul dan mendokumentasikan maklumat berkaitan Allahyarham Sudirman melalui penceritaan dari keluarga, sahabat serta koleksi barangan peribadi Allahyarham.

Jasa Sudirman turut dikenang menerusi majlis Anugerah Kecapi 2006 anjuran Papita yang menganugerahkannya secara rasmi gelaran Penghibur Nasional.

Selepas Era-Sudirman

Kini penghibur nombor 1 Asia yang juga anak jati Temerloh, Siti Nurhaliza telah mengadakan konsert Untukmu Sudir sebagai mengenang jasa buat Sudirman sebagai Seniman Rakyat.

Program khas di TV.

Tahun 2006, Astro Ria menerusi Trek Selebriti telah menyiarkan satu episod khas bagi memperingati sejarah hidup dan pembabitan Sudirman di bidang seni, dan turut menampilkan secara eksklusif persembahan terakhir Sudirman yang belum pernah disiarkan di mana-mana stesen TV.

Melalui slot Sepanjang Jalan Kenangan... Penghibur Legenda, sepanjang Mac 2007, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyiarkan semula program-program nyanyian yang pernah dihoskan oleh Allahyarham Sudirman bagi mengimbau kembali perjuangan seni beliau. Ia bertujuan sebagai pembuka tirai kepada Konsert Suara Hati Sudirman yang telah diadakan pada 1hb April 2007.

Sudirman & Atai
Sudirman menyanyi sambil melukis

* Puspawarna 1984 (7 Mac 2007) - konsep "Sudirman dari sebuah bilik"
* Mekar Sejambak Sudirman dan Atai 1985 (14 Mac 2007) - konsep muzikal mengenai sebuah kelab malam amatur yang diuruskan oleh Sudirman.
* Istimewa Bersama Sudirman 1987 (21 Mac 2007) - Sudirman turut mendendangkan rangkaian lagu-lagu berbahasa Cina, Tamil, juga menyanyi sambil melukis bendera Malaysia.
* Istimewa Bersama Sudirman 1988 (28 Mac 2007) - konsert bulanan 'live' yang dikendalikan penyanyi popular dan berbakat saja.

Konsert Suara Hati Sudirman
Banner Konsert
Klip Video Sudirman dimainkan semasa persembahan artis

RTM1 buat pertama kalinya kreatif menerbitkan Konsert Suara Hati Sudirman di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 1hb April 2007. Lebih 7,000 peminat Allahyarham Sudirman Haji Arshad memenuhi Stadium Malawati untuk menyaksikan konsert anjuran Kementerian Penerangan. Ia diadakan bagi mengenang sumbangan Sudirman dalam dunia seni negara. Dihiasi mood pencahayaan ketika ‘era Sudirman’, konsert ini tidak menggunakan hos, sebaliknya hanya suara latar berpandukan skrip ringkas dan padat tulisan Habsah Hassan, iaitu individu paling rapat dengan Sudirman. Buat pertama kali, 18 artis popular masa kini bergabung menjayakan persembahan khas terbitan RTM.

Bergelar Datuk

17 tahun selepas kematiannya, pada 18 Jun 2009 secara rasminya beliau bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad. Allahyarham menerima pengiktirafan itu dari Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Rujukan.

wikipedia.

22 February 2010

Qadha Solat



Keuzuran yang syar’ie yang membuatkan seseorang itu tidak berdosa ketika meninggalkan solat ialah gila, terlupa atau tertidur, dipaksa, sudah menunaikan solat secara jamak, ketakutan yang bersangatan kerana ancaman keadaan (seperti yang berlaku ketika peperangan khandak lihat dalam Bukhari no. 598).

Adapun selainnya baik lelaki dan perempuan yang berakal, Islam, serta telah baligh maka baginya kewajipan yang ditetapkan supaya mendirikan solat.

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).


Bersabda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “ Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat” (hadith sahih riwayat Muslim no. 987, Abu Daud, Nasaie).

Perintah menunaikan solat ialah satu kewajipan sehingga bagi yang sakit tidak terlepas dari kewajipan menunaikannya selama mempunyai akal apabila Islam memberi kelonggaran supaya harusnya menunaikan solat dengan keadaan duduk, berbaring dan bahkan dengan gerak isyarat mata atau sehingga jika tidak mampu cukup dengan lintasan hati selama ianya masih sedar dan berakal.

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).

Juga sekiranya tiada air demi bersuci dan berwudhuk maka Islam membolehkan bertayamum mengunakan debu tanah yang berada di sekeliling dunia.

“ Apabila kamu tidak menemui air maka bertayammumlah dengan debu tanah yang suci..” (Al-maidah : 43)

Perbuatan meninggalkan solat ialah dosa besar dan termasuk salah satu di antara dosa yang boleh membawa kufur kepada pelakunya. Sekiranya ada sesiapa yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya dan membenci perbuatan solat yang merupakan ibadah ini dan menganggap menyusahkan maka ianya tanpa syak kufur dan murtad dari agama Islam dengan ijmak ulama (Al-Majmuk m/s 16 Jilid 3, Hukum Meninggalkan Solat oleh Ibn Qayyim).

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).

Adapun yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai kerana dunia dan dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan solat dan tidak pula bermaksud mengingkari perintah Allah maka baginya hukum fasiq dan munafiq namun masih tetap dianggap muslim dan dipelihara haknya sebagai muslim tetapi tetap wajar menerima hukuman dan teguran. Demikian mazhab As-Sauri , Abi Hanifah dan golongan Maliki serta Syafie dan Ahmad dari riwayat-riwayat lain yang darinya (lihat Mughni Muhtaj, Al-Majmuk dll).

Sekalipun mereka ini yang berpendapat tidak jatuh kafir bagi orang yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai namun para ulama ini tidak pula bermaksud mengambil pandang ringan kerana mereka tetap menetapkan perlaku dosa besar meninggalkan solat ini mesti dihukum dengan hukuman bunuh dan ini pendapat Maliki serta Syafie.

Adapun pendapat yang mengatakan mereka ini tidak dibunuh sebaliknya disebat dan dipenjara sehingga mati atau bertaubat nasuha dan ini pula ialah pendapat dari mazhab Az-Zuhri dan Ibn Musayyib serta Umar Ibn Abd Aziz dan Abu Hanifah dan Ibn Hazm.

Manakala sebahagian yang lain tetap mengkafirkan golongan ini yang meninggalkan solat tanpa uzur sekalipun tidak menolak kewajipan solat dengan menjatuhkan hukum kafir dan murtad dari Islam kerana meninggalkan solat yang merupakan rukun Islam dan mereka ialah mazhab Said ibn Jubair , Auzaie, Ibn Mubarak, Ishaq dan riwayat yang sahih dari Imam Ahmad dan salah satu qaul dari mazhab Syafie serta Ibn hazm dengan riwayat daripada Umar ibn Khatab , Muadz ibn Jabal dan Abd rahman ibn Auf serta Abi Hurairah dan selainnya dari sahabat rasulullah ra (lihat dalam Al-Insof, Majmuk Fatawa, Hukum Meninggalkan solat oleh Ibn Qayyim).

Pelbagai khilaf dan hujah serta dalil dalam masalah ini namun saya tidak berhajat memanjangkan bicara dalam masalah khilaf ini sebaliknya terus kepada isi pokok perbincangan iaitu tentang perihal qadha solat bagi yang meninggalkan solat tanpa uzur.

Ketahuilah baik salah satu diantara kedua kedudukan hukum golongan yang meninggalkan solat apakah kafir atau fasiq dan munafiq maka keduanya berdosa besar dan bukanlah ringan dan baik sebaliknya tercela dan dibenci dengan kemurkaan Allah swt.

Pendapat yang membolehkan dan mewajibkan qadha bagi yang meninggalkan solat ialah mazhab jumhur ulama daripada imam mazhab yang empat dan ianya dengan syarat hendaklah perlakunya yang meninggalkan solat tanpa uzur itu selain berqadha solatnya yang telah ditinggalkan maka hendaklah juga bertaubat dengan taubat nasuha atas dosa besarnya itu (lihat dalam Al-Majmuk, Al-Insof dll).

Bukanlah bermakna bolehnya qadha solat itu maka diri pembuat dosa boleh terselamat dan terampun dosa sebaliknya hanya usaha ikhtiar selain taubat nasuha bagi menebus kesalahan yang telah dilakukan.

Adapun pendapat selainnya yang mengatakan tiada qadha bagi solat yang ditinggalkan ialah pendapat Umar ibn Khattab dan ibn Umar serta Sa’ad ibn Abi Waqas dan Ibn Mas’ud ra, Ibn Sirrin , Ibn Hazm, dan juga pendapat daripada Syeikhul Islam ibn Taimiyyah ra serta jumlah besar dari salaf soleh yang lain.

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).

Demikian jumlah besar menolak adanya qadha solat dengan dalil bahawa solat ini satu kewajipan yang dibuat hanya pada waktunya bukan diluar waktunya (lihat Al-Muhalla ibn Hazm, Majmuk Fatawa, Nailur Authar dll).

Dalam hal ini satu keputusan dapat diambil bahawa golongan yang menolak adanya qadha solat ialah kerana selain menetapkan solat dilaksanakan pada waktu khas dan jika selainnya tidak lagi dikira maka mereka juga mengkafirkan peninggal solat sehingga tiada guna menunaikan qadha lagi.

Keadaan ini dapat diselesaikan hanya apabila orang yang meninggalkan solat ini bertaubat dan kembali dengan taubat nasuha serta di sini mereka diwajibkan melakukan qadha.

“Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (yang sersungguh-sungguh) moga tuhanmu akan menghapuskan dosa-dosa kamu …” (At-Tahrim : 8).

Maka bagi yang bertaubat dengan taubat nasuha maka hendaklah dia mengulangi segala solat yang telah ditinggalkan dengan melakukan solat pada waktunya dan memperbanyakkan solat-solat sunat.

Ini berdasarkan kepada hadith rasul yang menyebut : “Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab di hari akhirat daripada amal perbuatan ialah solat dan sekiranya baik (solatnya) maka telah berjaya dan selamat dan sekiranya rosak (meninggalkan) solatnya maka gagal dan rugilah dia serta jika berkurang pahala dari solat wajibnya maka akan berkatalah tuhan yang Mulia dan tinggi : Lihatlah apakah hambaku ini ada melakukan solat sunat dan tampunglah apa yang kurang dari yang wajib dan kemudian jadikanlah seluruh amalannya seperti itu” (hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi dan Ibn Majah).

Sumber;
http://idhamlim.blogspot.com/

21 February 2010

Maulidur Rasul SAW.


Assalamualaikum wrb...

Saya kongsikan sedikit maklumat mengenai sambutan Maulidur Rasul saw. Semoga kita dapat manfaatnya.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad saw. Hari itu jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, maka Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Sejarah Ringkas Sambutan Maulidur Rasul.

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

Hukum Sambutan Maulidur Rasul.

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama-ulama yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

Hujah Membolehkan Sambutan Maulidur Rasul.

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: “Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata (ringkasan): “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.” Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Hujah Menentang Sambutan Maulidur Rasul

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1) Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:
Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:
Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2) Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..

Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3) Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4) Kata-kata sahabat Rasulullah saw:
Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Walahualam..

Sumber oleh,
Muhammad Sholihin.

20 February 2010

Keningau FM (1 Tahun)


Majlis Perasmian Ulang Tahun Keningau FM ke-1 Tahun.


Assalamualaikum wrb..

Hari ini 20 Februari 2010 adalah sambutan ulang tahun pertama Radio Malaysia Keningau FM bersiaran. Staf Keningau FM meraikannya di Dewan Masyarakat Keningau bersama dengan pendengar seluruh kawasan Keningau. Saya bersama anak sulung turut serta memeriahkan majlis tersebut yang dirasmikan oleh ADUN Liawan, YB. Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno.

Antara pengisian sepanjang berlangsungnya majlis ulang tahun tersebut ialah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan kiub rubik, uji bakat penyampai berita radio dan pertandingan kuiz. Soalan-soalan kuiz semuanya berkaitan dengan kewujudan Keningau FM.

Semua penyampai atau DJ Keningau FM turut bersama (turun padang) bersama dengan pendengar kecuali mereka yang bertugas di konti pada masa itu. Antaranya ialah DJ Azroy, DJ Aidah, DJ Norlela, DJ 99 dan..... (sekadar yang diketahui sahaja).

Sedikit sejarah tentang Radio Malaysia Keningau FM;

STESEN KENINGAU FM MULA BEROPERASI PADA 01 JANUARI 2009. BERSIARAN DARI BILIK HUBUNGAN YANG TERLETAK DI BANGUNAN RUMAH PERSEKUTUAN KENINGAU DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA 5 PETANG.

SIARAN BAHASA MELAYU MEMBUAT PEMBUKAAN SIARAN DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA 10 PAGI KEMUDIA SIARAN BAHASA DUSUN MENGAMBIL ALIH HINGGA PUKUL 12 TENGAHARI DIIKUTI DENGAN SIARAN BAHASA MURUT HINGGA PUKUL 2 PETANG SETERUSNYA DIAMBIL ALIH SEMULA OLEH SIARAN BAHASA MELAYU HINGGA PUKUL 5 PETANG.

SIARAN KENINGAU FM DAPAT DINIKMATI SEKITAR 25 KM RADIUS BUAT FASA PERTAMA DAN AKAN DIPERLUASKAN KE DAERAH LAIN.
BERMULA TAHUN 2010 INI, SIARAN KENINGAU FM TELAH DAPAT DIDENGARI DI DAERAH TENOM, SOOK, TAMBUNAN NABAWAN DAN SEBAHAGIAN KAWASAN DI DAERAH PAPAR DENGAN FREKUENSI 94.7 MEGAHERTZ.

Dalam ucapan perasmian YB. Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno, beliau mencadangkan agar Keningau FM memanjangkan siarannya dari jam 7 pagi hingga jam 12 tengah malam. Alasannya ialah supaya rakyat di seluruh pedalaman dapat menikmati siaran ini dengan lebih selesa tanpa gangguan oleh aktiviti harian. Di samping itu, maklumat atau dasar kerajaan dapat terus disampaikan kepada rakyat sepanjang hari tersebut.

Kawasan tanah seluas 10 ekar di jalan Keningau-Kimanis juga telah disediakan untuk pembangunan infrastruktur RTM cawangan Keningau termasuk kuartersnya.

Akhirnya, semoga Radio Malaysia Keningau FM terus bersiaran di kawasan pedalaman ini dan seterusnya dapat memberikan input yang dapat membangunkan daerah Keningau setanding dengan daerah lain.

Hebat, syoknya.......

Sekian...



19 February 2010

Daerah Kudat Sabah



Assalamualaikum 2 all..

Sedikit fakta menarik tentang daerah Kudat Sabah..

Kudat adalah sebuah bandar di Sabah, Malaysia timur, di utara pulau Borneo. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.


Kudat terletak di utara Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55' utara, garis bujur 116°50' timur.

Penduduk Kudat (anggaran tahun 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan Sulu.Walau bagaimanapun 51% penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama islam ( Bajau Bannaran,Ubian, suluk, Sungai, Brunei,Bajau dan Kagayan ), ikuti bumiputera etnik Rungus 30% dan etnik Cina 19%

Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik.

Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran/Suluk iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya, kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).

Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini. Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.

A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu. Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun, British beralih ke pelabuhan Sandakan yang lebih selamat di timur Sabah.

Pada awalnya, Kudat bukanlah lokasi popular untuk pelawat-pelawat asing. Bagaimanapun beberapa resort moden dan padang golf yang telah dibina terutamanya semasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah berjaya menjadikan tempat ini sebagai destinasi baru pelancong dalam dan luar negeri. Tarikan setempat termasuklah rumah panjang Rungus di Bavang Gazo, di mana di tempat ini juga gong tradisional dibuat daripada loyang, dan madu lebah dihasilkan serta Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di pulau Borneo.

Sumber Wikipedia.

Sekian..

Air Mata Dan Hikmahnya!



Salam Sejahtera 2 all...

Sedikit cerita mengenai hikmah air mata, tidak kiralah kepunyaan wanita atau lelaki. Selamat membaca...

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof.


Sekian..

12 February 2010

11 February 2010

Valentine's Day!



Ahad 14 Februari 2010 ini (bersamaan 30 Safar 1431) adalah hari yang dikenali sebagai hari sambutan Valentine. Kebetulan pula tahun ini bersamaan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari valentine, muda-mudi, khususnya mereka yang bercinta akan menzahirkan cinta mereka dengan bertukar-tukar hadiah, terutamanya bunga. Kebiasaannya sambutan itu akan berakhir dengan aktiviti seks.


Sambutan Hari Valentine adalah hari memperingati kematian paderi St. Valentino pada tahun 268 AD yang dianggap sebagai keramat oleh puak Kristian Katholik dan di amalkan secara rasmi oleh Gereja Katholik di zaman Pope Gelasius I pada tahun 496 AD (1514 tahun yang lepas dan 228 tahun selepas kematian father St. Valentino).

Ianya mengambil sempena memperingati kematian Father St. Valentino yang dihukum pancung oleh Maharaja Rom Caesar Marcus Aurelius Claudius Augustus Gothicas II (213-270AD). Maharaja Rom ini mengeluarkan perintah melarang sebarang bentuk perkahwinan bagi pemuda-pemuda zaman itu kerana beliau mahukan mereka menjadi anggota tentera yang setia dan tidak mempunyai masalah rumahtangga. Namun Father St. Valentino dikatakan meneruskan upacara-upacara perkahwinan. Akhirnya untuk menghentikan kedegilan Father St. Valentino ini, Maharaja Claudius II menghukum bunuh beliau dengan dipancung.

Sejak itu, Father St. Valentino dianggap keramat oleh golongan Kristian. Hari kematiannya pada 14/02/268 AD dianggap sebagai tarikh memperingati kekeramatan beliau. Namun setelah lama masa berlalu, hari itu bertukar daripada memperingati beliau kepada hari memperingati kekasih, dengan penjualan bunga dan kad yang melambung, yang akhirnya perayaan itu dikomersilkan. Yang kaya ialah para peniaga!!

Apa pun, bagi kita umat Islam, tidak sepatutnya kita meneruskan tradisi kristianiti dan keagamaan orang lain ini. Kita mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka yang kita kasihi, samada melalui doa dan lain-lain. Dan kita tidak perlu menunggu 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang kita, malahan kita sepatutnya menunjukkannya pada tiap hari dan waktu.

Pegangan kita adalah jelas: lakum diinukum wali yadiin – untuk kafir cara hidup kufur, untuk kita cara hidup Islam. Semoga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita, dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.

Sumber : http://zul4kulim.blogspot.com/

Lagi bacaan tentang Valentine’s…

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM (http://idhamlim.blogspot.com/)

08 February 2010

13 Sebab Akaun Facebook Anda Disable!


1. Anda tidak menggunakan nama asli anda. Facebook akan menemukan anda dan meludah keluar.

2. Anda menyertai terlalu banyak kumpulan/groups. (Had maksimum adalah 200 kumpulan per pengguna.)

3. Anda terlalu banyak mesej yang diposting di dinding/wall atau dalam kumpulan. E.g. Guy Kawasaki punya akaun dinyahdayakan-dalam hal ini untuk “berlebihan penginjilan.”

4. Anda diposting di terlalu banyak kumpulan/groups, terlalu banyak pengguna dinding/wall. (Itu yang spammer lakukan, bodoh.)

5. Anda friended terlalu banyak orang. (Belum lama ini adalah punca utama akaun dimatikan, tetapi Facebook telah melembagakan maksimum 5000 teman-teman yang harus melindungi anda daripada diri anda sendiri.)

6. Sekolah anda / organisasi sekutu diragui.

7. Kau memukul/poke terlalu banyak orang. (Waspadalah app FB aneh yang pokes atas nama anda.)

8. Anda diiklankan di dinding app anda posting.

9. Menggandakan teks yang anda gunakan dalam beberapa mesej.

10. Anda adalah lembu, anjing, atau perpustakaan.

11. Anda berusia di bawah 18 tahun dan bukan sebahagian daripada kumpulan SMA.

12. Anda menulis kandungan yang menyinggung.

13. Anda terguris maklumat daripada Facebook. E.g. Facebook bots dinyahdayakan akaun Robert Scoble.


Diterjemahkan dari: http://www.clappingtrees.com/archives/2009/06/13-reasons-your-facebook-account-will-be-disabled/

Silibus Kelas Ekspress

Murid lompat Tahun Tiga tak cicir subjek Tahun Dua

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memperkenalkan silibus mampat bagi membolehkan murid pintar Tahun Satu di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) terus melompat ke Tahun Tiga tanpa ketinggalan dalam pembelajaran sukatan Tahun Dua.

Menerusi silibus itu, murid Tahun Satu yang lulus ujian khas berdasarkan sukatan Tahun Dua pada pertengahan Ogos ini akan mempelajari 50 peratus sukatan pelajaran awal Tahun Dua dalam tempoh tiga bulan terakhir pada Tahun Satu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pada tahun depan murid terbabit akan terus ditempatkan di Tahun Tiga, tetapi akan mengikuti 50 peratus lagi sukatan pelajaran Tahun Dua dalam tempoh tiga bulan pertama.

"Mereka akan mengikuti pelajaran Tahun Tiga pada April setelah lulus ujian penilaian kedua bagi sukatan Tahun Dua pada akhir Mac.

"Oleh itu, murid pintar ini dapat mengurangkan tempoh pembelajaran pada peringkat sekolah rendah setahun lebih awal, iaitu daripada enam tahun kepada lima tahun," katanya kepada Berita Harian.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pemilihan kumpulan pertama 20 SBT termasuk enam sekolah rendah yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan serta kakitangan.

Autonomi berkenaan antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Alimuddin berkata, pelaksanaan ini silibus mampat itu adalah antara cadangan yang dibincangkan secara terperinci dalam makmal bidang keberhasilan utama negara (NKRA) selaras langkah kerajaan memperkenalkan SBT.

Mengenai pemberian autonomi untuk memanjangkan waktu persekolahan, beliau berkata, SBT masih tertakluk kepada jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran harian yang ditetapkan kementerian.

Bagaimanapun, beliau berkata, garis panduan mengenai perkara itu sedang disediakan untuk pelaksanaan SBT di mana pengetua dan guru besar diberi kuasa untuk menjalankan dan menyusun jadual anjal atau jadual waktu yang fleksibel.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

Inovasi Mendominasi Dunia


Mark Zuckerberg - Founder Facebook!


Oleh MOHD FAIZAL AZIZ

KITA telah memasuki tahun baru 2010 selepas 2009 melabuhkan tirai. Kedatangan tahun baru kebiasaannya memberi semangat dan azam baru kepada manusia untuk berubah dan melakukan anjakan dalam kehidupan.

Selain itu, ada yang berpendapat bahawa diri mereka sendiri perlu melakukan inovasi dalam segenap aspek kehidupan untuk mencapai cita-cita yang diimipikan. Istilah inovasi berkait rapat dengan perkataan seperti ciptaan, kreativiti dan imaginasi.

Inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimulakan. Dengan kata lain ia bermaksud menghasilkan sesuatu ciptaan yang berbeza daripada kebiasaan dengan idea baru yang mencorakkan perubahan.

Di zaman ini inovasi menentukan siapa yang berjaya atau pun tidak. Produk dan barangan yang inovatif yang terhasil dari proses inovasi akan mendahului yang lain. Kelebihan sesuatu produk yang inovatif boleh mengubah sesebuah industri. Idea yang kadang kala kecil dan dipandang ringan namun setelah melalui inovasi yang betul menjadikkannya hebat dan berkesan.

Hari ini inovasi bukan sahaja menjadi kunci dan rahsia kejayaan bagi sesebuah syarikat, malah ia juga berperanan melonjakkan negara-negara yang dahulunya kecil dan mundur menjadi negara maju.

Lihat sahaja negara-negara seperti Singapura, Finland, Denmark dan Ireland yang suatu masa dahulu merupakan negara-negara kecil namun meningkat maju dengan mendadak dan menduduki carta negara maju dengan keupayaan inovasi dan pembaharuan yang dilakukan oleh mereka.

Bagi negara membangun, cabaran utama untuk kekal bersaing menjadi negara maju ialah melalui inovasi. Ia perlu dipastikan supaya berada ditahap yang terbaik. Falsafah inovasi bagi sesebuah negara membangun perlu menjadi tulang belakang yang dapat mengubah sistem pentadbiran, hala tuju sains dan teknologi serta keupayaan saintis dan penyelidik di dalam negara tersebut.

Malaysia juga tidak terkecuali. Dunia pada masa akan datang amat bergantung kepada keupayaan untuk melakukan inovasi dalam setiap aspek bagi mengekalkannya di tahap terbaik. Kita telah memasuki tahun baru 2010. Sepuluh tahun yang lalu, Internet baru sahaja mula berkembang di Malaysia.

Pada waktu itu, masih belum ramai individu yang memiliki talian Internet melainkan di pejabat-pejabat kerajaan atau sektor industri. Teknologi Internet merupakan satu contoh inovasi yang mengubah dunia pada hari ini.

Internet boleh dianggap sebagai sungai besar yang mengalirkan sebarang ilmu dan maklumat berguna atau pun sekadar sampah sarap di dalamnya.

Sebelum teknologi Internet dapat dinikmati oleh seluruh penduduk di dunia, ia merupakan teknologi yang digunakan oleh pihak ketenteraan Amerika sekitar tahun 1940-an sewaktu Perang Dunia Kedua untuk menghubungkan jaringan sistem pertahanan mereka.

Selepas perkembangan pesat Internet bermula lewat tahun 1990-an, banyak produk-produk berasaskan web dimajukan dan dijadikan alat untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia.

Bayangkan dunia pada hari ini tanpa kemudahan Internet seperti 15 tahun yang lampau, tentunya kehidupan sangat berbeza dengan apa yang kita alami kini. Internet memenuhi segala-galanya dalam dunia moden hari ini yang merangkumi aspek penyebaran maklumat, kemudahan emel, hiburan, tayangan video, audio dan perniagaan.

Lihat sahaja bagaimana enjin carian Internet terkenal Google mendominasi dunia. Google yang mula menemui pengguna pada tahun 1998 memperkenalkan kaedah pencarian maklumat di Internet dengan cara yang begitu unik melalui inovasi dan kreativiti dua anak muda dari Stanford University, California Amerika Syarikat (AS) iaitu Sergei Brin dan Larry Pages.

Kedua-dua mereka ini menjadi jutawan ketika usia belum mencapai 30 tahun. Sehingga kini, Google terus berkembang pesat dan terus melakukan inovasi dengan memperkenalkan produk-produk terbaru mereka.

Majalah Forbes melaporkan bahawa Google merupakan sebuah syarikat teknologi berasaskan Internet yang paling pesat berkembang dan paling berpengalaman dalam sejarah dunia. Ketika diwawancara dalam sebuah program temu bual Internet, pemilik Google, Sergei Brin dan Larry Pages menyatakan bahawa mereka tidak mencipta sesuatu yang baru, tetapi melakukan inovasi terhadap produk yang sedia ada. Sebelum kemunculan Google, enjin carian Internet yang paling terkenal ialah Yahoo!, Excite dan Altavista.

Selain Google, pengguna Internet terus dihidangkan dengan aplikasi laman interaksi sosial yang begitu fenomena pada hari ini iaitu Facebook. Ia dicipta oleh seorang remaja iaitu Mark Zuckerberg ketika masih bergelar penuntut di University Harvard.

Bermula pada tahun ia dilancarkan iaitu pada tahun 2004 sehingga kini, ia mencatatkan bilangan pengguna aktif yang berjumlah 350 juta orang. Zuckerberg kini menjadi jutawan muda hasil daripada pelancaran laman Facebook tersebut.

Ketika ditanya tentang idea ciptaaannya, beliau menegaskan bahawa ia terhasil daripada keinginan untuk melakukan inovasi terhadap laman-laman web Internet sosial yang sedia ada seperti Friendster, Orkut, MySpace dan sebagainya.
Salah satu lokasi yang paling terkenal dan subur melahirkan syarikat-syarikat gergasi dunia yang kreatif dan inovatif dalam bidang teknologi, komunikasi dan teknologi maklumat ialah Silicon Valley di California.

Di sanalah tempat berkembangnya syarikat gergasi dunia seperti Oracle, Sun Microsystem, Intel, AMD, Yahoo!, Cisco, Apple, eBay, YouTube,, Twitter, Google, Facebook dan sebagainya.

Kejayaan Silicon Valley yang muncul sejak lebih 50 tahun yang lampau menjadi contoh dan teladan kepada negara-negara lain yang ingin membangunkan ekonomi mereka berasaskan inovasi dan kreativiti.

Google dan Facebook adalah antara dua contoh di antara puluhan produk-produk yang tercipta hasil dari kreativiti dan inovasi di dalam dunia Internet. Dalam bidang-bidang lain seperti sistem pengangkutan, perniagaan, penyelidikan dan penyampaian maklumat manusia terus melakukan inovasi bagi memperbaiki kualiti dan produk yang sedia ada..

Malaysia berada di landasan yang tepat apabila mengisytiharkan 2010 sebagai Tahun Inovasi Negara. Jelas bahawa masa hadapan negara terletak kepada sejauh mana budaya inovasi diamalkan dalam setiap aspek kehidupan daripada pentadbiran negara sehinggalah kepada pengurusan diri.

Fakta-fakta ringkas

i. Inovasi bermaksud menghasilkan sesuatu ciptaan yang berbeza daripada kebiasaan dengan idea baru yang mencorakkan perubahan.

ii. Apple Inc. merupakan sebuah syarikat pengeluar komputer dan gajet elektronik yang banyak melakukan inovasi terhadap produk mereka.

iii. Syarikat pengeluar perabot dan peralatan rumah terkenal IKEA merupakan sebuah syarikat yang kreatif melakukan inovasi.

iv. Silicon Valley yang terletak di California merupakan sebuah kawasan yang paling terkenal dengan syarikat-syarikat gergasi di dunia yang banyak melakukan inovasi untuk produk mereka seperti Intel, Google, Yahoo!, Facebook,YouTube, eBay dan Twitter.

v. Istilah silikon merujuk kepada kawasan di mana banyak pereka cipta dan pengeluar cip silikon yang kemudian membentuk jaringan perniagaan berteknologi tinggi.

vi. ARPANET yang pada mulanya digunakan dalam sistem pertahanan ketenteraan di Amerika dalam Perang Dunia ke-2 telah melahirkan INTERNET pada hari ini setelah inovasi dilakukan ke atas sistem rangkaian tersebut selama lebih 30 tahun.

vii. Google merupakan laman web yang paling ramai dikunjungi oleh pengguna Internet di abad ini.
viii. Pengguna aktif Facebook sehingga Disember 2009 direkodkan berjumlah 350 juta orang dan dijangka akan terus meningkat dengan mendadak di masa akan datang.

Penulis ialah Pegawai Sains di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber : http://cyberita.asia1.com.sg/

04 February 2010

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman.



Oleh : http://idhamlim.blogspot.com/

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam. RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."

Salah guna blog boleh cetus huru hara



Oleh Imlan Adabi

SEKALI lagi isu blog mendapat perhatian ramai. Seorang belia 29 tahun ditahan di Kelantan selepas tulisan dalam blognya menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri. Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Adukataruna, akhirnya ditahan polis di sekitar Kota Bharu, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Dia disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.

Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya. Adukataruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan yang berunsur penghinaan atau hasutan.

Pada 0gos 2008, penulis blog Penarik Beca, Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.

Penulis dan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, 58, pula ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 2008 kerana didapati boleh mengganggu dan mengancam keselamatan serta ketenteraman awam, tetapi dibebaskan dua bulan selepas itu kerana penahanannya diisytiharkan tidak sah.
Raja Petra juga menghadapi tuduhan memfitnah tokoh negara, Bagaimanapun, penulis blog itu kini dikatakan melarikan diri ke London.

Seorang lagi penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, 38, ditahan mengikut Akta Hasutan pada September 2008 kerana membuat cadangan di laman blognya supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Semua mereka yang dikaitkan di atas tidak mempunyai latar belakang kewartawanan. Mereka menjadikan blog sebagai senjata untuk menulis apa saja, termasuk menghina dan mencerca peribadi orang lain, termasuk insan yang sudah meninggal dunia.

Ada juga yang sanggup menulis blog dengan alasan 'untuk mengirimkan seseorang ke neraka'.
Semuanya menggambarkan betapa mudahnya hukuman dan hujahan yang dibuat oleh seseorang penulis tanpa pertimbangan undang-undang, moral, etika kewartawanan dan perasaan kemanusiaan.

Lebih fatal lagi, mereka menjadikan blog sebagai medan meluahkan perasaan, sekali gus sebagai pendakwa dan hakim yang memutuskan kesalahan orang lain. Keadaan ini menggambarkan betapa blog yang dianggap antara media baru paling laris di seluruh dunia, masih muda kualiti kewartawanannya.

Hari ini, sesiapa saja boleh menulis blog dan mencatat apa saja yang dirasakan tidak secocok dengan jiwa mereka. Anak Menteri Besar Kelantan juga menulis blog dan mempertikaikan pihak yang menegur keluarganya. Ada juga penulis blog berasakan mereka kebal undang-undang dan mampu bertindak di luar batasan kemanusiaan.

Mengikut laporan, 500 blog baru wujud di sebalik Tembok Besar China setiap sejam dan 35 blog menjenguk pembaca di kawasan Alaska, tanpa menghiraukan keadaan cuaca serta politik setempat.

Kebebasan blog ada waktunya sudah menjadi perayaan sejagat yang perlu dirai. Bagaimanapun apa gunanya sesuatu pesta seandainya mencetuskan natijah kurang baik kepada masyarakat.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah satu peruntukan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan dalam memantau industri komunikasi dan multimedia.

Akta ini boleh menghukum sebarang bentuk penulisan yang bertentangan dengan keadaan setempat.

Bagaimanapun, ada peguam menyatakan tiada peruntukan di dalam akta ini yang membenarkan penapisan internet.

Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan berikrar tidak akan menapis internet. Halangan ini sering disalahgunakan untuk menulis apa saja menerusi internet, termasuk mencuri dan mencedok tulisan orang lain ke dalam portal berita tertentu.

Artikel saya di ruangan ini pada 7 September 2009 bertajuk 'Bahasa Inggeris untuk dua ketul ayam, kentang goreng' diambil tanpa izin oleh The Malaysian Insider. Tulisan tersebut mendapat reaksi 28 penjenguk yang majoritinya menghentam dan menghukum saya sebagai fanatik bahasa. Saya tidak diberikan peluang untuk membela diri.

Tulisan lain dalam kolum ini juga diambil oleh beberapa blogger dan disebarluaskan tanpa izin. Tindakan ini menjadi bukti betapa blog dan internet semakin durjana di tangan mereka yang kurang arif undang-undang.

Semuanya membuktikan blog dan internet masih remaja di sebuah negara membangun seperti Malaysia. Apakah keremajaan ini menjadi lesen untuk buat apa saja tanpa memikirkan kesannya?

Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Related Posts with Thumbnails