03 December 2009

Birthday Muhammad Afif Baihaqi

























Anak sulung saya, Muhammad Afif Baihaqi telah menyambut ulang tahun kelahirannya ke 4 tahun pada 27 November 2009 lalu. Majlis sambutannya dilangsungkan pada waktu malam di rumah bapa, di Kampung Baginda Keningau. Turut menyambut ulang tahun kelahiran ialah anak buah saya Muhammad Hafizi Naim yang ke 6 tahun.

Dua biji kek khas telah ditempah pada majlis tersebut. Masing-masing bergambar “Ben 10” dan “Doraemon” serta berperisa keju dan durian. Semua ahli keluarga saya hadir kecuali adik saya cik Rahidah Bt Akub. Jemputan pula hanya terdiri daripada saudara yang dekat sahaja.

Doa saya agar mereka sentiasa sihat sejahtera, bijak, mendengar nasihat ibu bapa dan menjadi orang yang berguna kepada agama Islam, bangsa Malaysia dan negara Malaysia pada zaman mereka kelak.

Sekian..
Related Posts with Thumbnails