08 December 2009

Nur Kasih


Assalamualaikum w.r.b dan salam sejahtera.

Saya bangga dengan satu lagi hasil kerja tangan pengarah terkenal En. Kabir Bhatia, drama berjudul "Nur Kasih".

Pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Datuk Jalaluddin Hassan, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera, Sharifah Sofia, Liza Othman dan Ayu Raudhah adalah antara mereka yang berjaya menjiwai watak masing-masing sehingga meninggalkan kesan hebat kepada penonton.

Saya yang selama ini kurang minat menonton drama Melayu akhirnya tidak berganjak daripada tv3 setiap hari Jumaat jam 9.00 pm untuk turut sama dengan keluarga menonton drama tersebut.

Drama yang yang bercirikan Islam memang sangat dinantikan oleh penduduk di negara ini yang sekian lama disajikan dengan drama dan filem berunsurkan barat.

Harapan saya agar banyak lagi karya drama dan filem yang bercirikan Islam dapat dihasilkan oleh pengarah-pengarah berbakat di Malaysia pada masa akan datang.

Sekian...



Related Posts with Thumbnails