04 December 2009

Siapakah Orang Ini??

Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan gusti professional tidak ada masalah untuk mengenali lelaki jutawan ini. Beliau ialah Vince McMahon CEO syarikat World Wrestling Entertainment, Inc (WWE). Lebih dikenali sebagai Mr. McMahon oleh Fan WWE, lahir pada 24 Ogos 1945 di Pinehurst, North Carolina.


WWE merupakan sebuah media integrasi dan syarikat sukan berbentuk hiburan. Syarikat ini mendapat keuntungan melalui penghasilan filem, muzik, produk berlesen yang semuanya berfokuskan kepada sukan gusti professional. Perlawanan gusti disiarkan menerusi televisyen, internet dan juga perlawanan secara siaran langsung.


Mr. McMahon, Linda McMahon (isterinya) dan anak mereka seperti Shane dan Stephanie memiliki 70 % daripada keuntungan selepas cukai syarikat dan 96 % kuasa mengundi di dalam syarikat tersebut. Maksudnya mereka boleh menentukan perlawanan antara setiap pengusti.


Mr. McMahon dan Linda McMahon mempunyai 4 orang cucu. Declan James dan Kenyon Jesse McMahon adalah anak kepada Shane dengan isterinya Marissa dan Aurora Rose dan Murphy Claire anak kepada Stephanie dengan suaminya Paul "Triple H" Levesque (Triple H atau The Game).


Di awal penubuhannya pada tahun 1971, syarikat ini dikenali sebagai ”Titan Sports” sebelum menukar namanya kepada World Wrestling Federation Entertainment, Inc (WWF). Kini ia dinamakan World Wrestling Entertainment, Inc (WWE).


Perniagaan WWE adalah lebih kepada sukan gusti professional, sebuah sukan stimulasi yang mempunyai unsur-unsur lakonan dan teater. Setakat ini, ia menjadi syarikat promosi sukan gusti professional terbesar di dunia dan memiliki barisan perpustakaan video yang menyimpan serta mengandungi kebanyakkan sejarah visual sukan gusti professional ini.

Related Posts with Thumbnails