02 December 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan En. Ramlan Akub





Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tarikh 28 November 2009 jam 10.00 pm, adik ke-6 daripada 9 orang beradik saya iaitu Ramlan Akub selamat dinikahkan dengan isterinya Maslisah Salamin di rumah pengantin perempuan di Kampung Bayangan Keningau dengan sekali lafaz sahaja.

Petang 29 November 2009 juga di rumah pengantin perempuan, berlaku persandingan 2 mempelai tersebut. Mereka mengenakan pakaian kuning emas dan pakaian moden sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Semua ahli keluarga saya hadir pada majlis bersejarah tersebut. Walau bagaimanapun, adik saya Cik Rahidah Akub tidak dapat bersama kerana sedang berkursus KDC di IPGS. Beliau mengikuti kursus KDC guru-guru agama JAWI Wilayah Persekutuan Labuan selama 3 tahun. Namun beliau sempat juga bersama meraikan hari raya Aidiladha.

Harapan saya agar perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan dengan keturunan yang dapat berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian...






Related Posts with Thumbnails