20 January 2010

Perkara Yang Perempuan Perlu Tentang Lelaki



Assalamualalkum wrb & salam sejahtera.

Berikut adalah beberapa perkara yang perempuan perlu tahu mengenai lelaki yang saya dapat dari Internet. Selamat membaca.



Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).


Jika seorang lelaki meminati seorang wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh juga menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.


Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.


Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...


Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap seorang wanita. Oleh sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.


Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar bersama kali pertama!


Lelaki sentiasa cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.


Bila lelaki cakap “direct to the point” dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
Lelaki akan cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.


Lelaki tidak boleh belajar semuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Jangan asyik membebel sahaja perempuan byk ragam lah, kuat merajuklah. Kadang kala lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.



Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa yang lain hanya kawan.


Bila lelaki tertengok buah dada wanita dan wanita itu menyedarinya, maafkan sahaja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!


Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.


Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...


Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.


Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


Lelaki bukanlah sempurna 100%, oleh itu perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Wallahualam.
Related Posts with Thumbnails